Friday, May 30, 2014

Happy Birthday Sofea!

Assalam


Agak lewat nak update, tapi alhamdulillah segalanya tetap dengan izin Allah. 

26 Mei 2014,
Selamat Hari Lahir Nur Sofea Azzahra!
Setahun dah pun berlalu, ibu sangat-sangat bersyukur dengan rezki yang Allah kurniakan pada keluarga kecil kita. Ibu tetap terus berdoa supaya keluarga kita ni sentiasa dibawah rahmat Allah, diberkati dan dilindungi. InsyaAllah...

Macam-macam dugaan dan ujian Allah berikan pada ibu sebagai hadiah semasa nak melahirkan awak Sofea. Allah tau ibu mampu hadapi kerana Allah takkan beri melebihi dari kemampuan ibu untuk menghadapinya. Kesihatan ibu makin pulih, ibu ada papa, ibu ada kakak Lisa, kakak Ika dan tersangat istimewa kamu Sofea. Tiada apa lagi yang ibu mahukan, ibu bersyukur dengan apa yang Allah beri sekarang ni. 

Doa ibu pada kamu, supaya kamu terus memberi cahaya kebahagiaan dalam keluarga kita. Sihat tubuh badan kamu, bijaksana dunia akhirat, menjadi muslimah sejati, dilindungi keselamatan kamu dan doa ibu akan terus mengiringi kehidupan kamu dan kakak-kakak kamu. 

We Loves You More, Sofea!







Tuesday, May 27, 2014

PANDORA

Assalam


Ibu nak cerita skit pasal P.A.N.D.O.R.A jewellery ni. Setahu ibu Pandora ni baru je masuk Malaysia around 3 years later tapi fenomenanya meletop-letop. Antara list-list jewellery kat Malaysia yang ibu tahu, Tiffany & Co, Hermes Paris, Habib, Lazo Diamond, Poh Kong, bla bla bla dan banyak lagi lah.

Apa yang menarik mengenai Pandora ni, penggemarnya membeli bukan kerana bentuk rekaan charms tu je, malah memilih charms mengikut peristiwa tertentu.

Setiap charms mempunyai maksud tertentu bagi si pemakai. Tak semestinya charms dibeli sekali gus, tetapi boleh dimiliki secara berperingkat. Ada juga si pemakai membeli charms yang sama tetapi susunannya masih berbeza-beza mengikut kehendak masing-masing.

Sejarah Pandora, ia adalah jenama barang kemas nombor tiga di dunia bermula di Copenhagen, Denmark pada 1982 dimana ianya adalah hasil usaha sepasang suami isteri yang menjadikannya terkenal di Eropah. Ia kemudian dibawa ke Australia oleh seorang wanita Denmark dan mula mencipta nama di sana. Begitu juga di Amerika Syarikat yang turut diperkenalkan warga Denmark yang mengembangkan sayap perniagaannya dan kini jenama ini berada di lebih 40 negara.

Walaupun Pandora kedengaran agak mahal, sesiapa yang dah mengenali jenama ni memang mudah sangatlah jatuh cinta. Termasuk si ibu ni. Hehe.

Actually, ibu pun baru je tau wujudnya Pandora ni, last year. Punyalah lama dah bertapak. Alahaiii....bukanlah peminat barang kemas pun ibu ni tapi dah namanya pun perempuan, sikit sebanyak perasaan nak melawo (berhias) mestilah ada kan?



Ibu punya story, all 'about heart!'. Ibu yang cipta sendiri dunia charms pilihan ibu. Ibu inginkan kebahagiaan, penuh dengan kecintaan dan senyuman. Teringat kawan ibu tanya, 'apa tema ko pizah?' dan dan staff tu cakap 'ooo, tema dia buat sendiri'. Hahaha... dah katanya 'your story, with Pandora it is all up to you'. kannn?...











Ni dia kitab-kitab Pandora ibu (we talk 'bout Pandora okey!). Ada antara buku-buku tu dah pun selamat ke tangan anak-anak. Habis kena conteng, bila ibu nak study mulalah tercari-cari. Dah 2 butik ibu redah nak buku ni, semuanya dah habis. Kalau nak keluar koleksi baru, kitab pun akan bertukarlah kot.


My friend yang baru dalam dunia Pandora, same like me, dah pun mula rambang mata. And she had a her own story too. Last friday i follow her to KLIA2. Charms yang ibu nak, yang takde kat butik luar, semua ada kat butik ni. New branch kan, baru launching kalau takde melampaulah tu.

Itupun after 5 months okey, ibu dah buat muka kucing kat papa, baru dapat green light so lepas ni kena tunggu 5 bulan ke setahun pulak yer baru dapat charm baru. Haha...
(Anyway, thank you daddy for 3 charms. *wink wink*)

Charms in ibu's wishlist:

2 clips

 1 dangle

2 spacers

2 charms



smile!

Thursday, May 22, 2014

Zikir Alissa

Assalam

Tahun ni je 2 kali Alissa demam. Lisa antibodi ikut papa tapi sekali kena, suhu selalunya akan naik tinggi. Silap ibu sayang bila lisa bagitahu ibu yang lisa sakit kepala tapi ibu abaikan sebab lisa kena juga pergi sekolah. Lisa ada last paper exam on that day (12 Mei). Hari selasa tu (13 Mei) lisa bagitahu ibu lagi, ibu still abaikan. Dalam hati ibu mungkin lisa bagi alasan tak nak ke sekolah sebabnya ibu dan papa cuti Wesak. Lisa tetap tak bantah, pergi sekolah macam biasa. Rupanya balik dari sekolah lisa terus rebah. Acu bagitahu ibu lepas lisa mandi, bagi makan ubat lisa terus tidur. 

Bila berulangkali lisa merungut sakit kepala, ibu desak papa ambil darah. Ibu risau nak, sungguh ibu tak nak jadi apa-apa pada anak-anak ibu. Ibu teringat kawan ofis ibu yang kehilangan anaknya baru berumur 3 tahun. Papa bawa juga Alissa ke OPD malam tu dan alhamdulillah result darah lisa hanya ada jangkitan bakteria.

Tapi yang peliknya, lepas ambil darah lisa terus sihat. Macam tu juga Ika dan Sofea. Kuasa Allah, tiada siapa yang tahu.




Ibu rela papa yang ambil sendiri darah anak-anak ibu. Trauma betul kalau orang lain yang ambilkan. Kadang tu sampai lebam. Semua anak-anak ibu selalunya memang papa yang  ambil tanggungjawab. That's our reward. Kita ada papa.



16 Mei 2014 - On your day, papa suruh kakak berzikir. Ibu record dan hari ni bila ibu buka balik video kakak, baru ibu perasan yang kakak bzikir sambil ibu ambil pemandangan sepanjang perjalanan. Indah kan...

Wednesday, May 21, 2014

My pinky knife

Assalam

Smile reached the ears!...hahaha

Thank you sahabat for the beautiful gift... macam tau-tau je kan favourite color ku. Yes, i am a pinky women. gituuu...

Stainless Steel Blade

Dia mengucapkan 'terima kasih kerana aku hadir dalam hidupnya' tapi ku mengucapkan ribuan terima kasih kerana dia hadir saat paling tepat dalam hidup aku. Kita berkawan dari zaman kanak-kanak lagi. Teringat rambut dia terikat rapi kiri dan kanan. Rambut depan paras dahi dengan wajah yang sangat comel. Kawan yang kecil molek, genit orangnya. Suara lunak dan selalunya mulut dia tak pernah berhenti bercakap. Ingatan yang sangat kuat sedangkan aku dah banyak lupa. Nak kata faktor umur, kita ni sebaya. 

Kita berkawan tapi tak rapat seperti dua orang lagi kawan kita, tapi aku selalu ada diantara kamu bertiga. Rite dear? Kita berpisah bila hala tuju pilihan sekolah masing-masing. Dia jauh ke Selatan dan aku tetap teguh berada di sini. Aku ingat kamu hadir masa majlis kawin aku. Dari jauh kamu travel dan ku sangat-sangat menghargainya. 

Yang, 
Allah rapatkan kita semula dan kali ni bukan hanya sebagai kawan tapi sebagai sahabat. Kita lebih rapat dari dulu walaupun jarak antara kita sangat jauh. Kita berterima kasih pada Allah sebab kamu dan aku memerlukan antara satu sama lain. Kamu tak pernah jemu positifkan aku, tak pernah jemu melayan aku dan sentiasa ada untuk aku. Lewat malam pun kamu bangun untuk melayan aku. Menjadi kebiasaan bila mesej pertama dari kamu hampir setiap subuh aku. Kamu ambil berat seperti seorang ibu, marah macam seorang ayah, bergurau macam adik beradik dan menyayangi melebihi dari seorang kekasih. Kamu tetap setia saat yang lain-lain pergi dari aku. Kamu juga punca kekuatan aku. InsyaAllah, kamu sahabat akhirat ku.

'Selemah-lemah manusia ialah yang tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah adalah orang yang telah mensia-siakan sahabat yang telah dicari' - Saidina Ali


Yang, 
ni resipi kerabu mangga asam boi aku untuk kamu...
hehe


Mangga muda, asam boi, gula, garam

Mangga muda tu disagat
Asam Boi diricih
Letak gula dan garam secukup rasa
then gaulkan semua bahan-bahan tu
Perap dalam peti sejuk semalaman
Esoknya dah boleh makan, lagi sedap makan lepas keluarkan dari peti sejuk tu...

Cubalah yang, snack sambil goyang-goyang kaki buat keje ofis



Tuesday, May 20, 2014

Jalan-Jalan Kuala Pilah

Assalam
Hectic Weekend!!!

1st of all, happy 7th birthday to my beautiful one, Nur Alissa Amani. Share tarikh dengan sambutan hari guru seMalaysia on 16th Mei. Tiada apa yang istimewa dari ibu dengan papa, just spend our quality time together. Ikutkan that day kita dah berangkat ke PD tapi segalanya tetap ditentukan oleh Allah so we decided go to jalan-jalan kuala pilah. Nak dapatkan sangat daging salai masak lomak cili api, itik salai lah, ikan keli salai lah. bla bla bla...

We naik highway LEKAS and before that ibu memang dah lama sangat nak 'chestnut', papa stop and bought for me. Last i makan masa pregie Sofea.
 


Berdekatan TESCO Kajang and near Saujana Impian




Perjalanan kami sangat menenangkan, tiada kesesakkan lalulintas, pemandangan yang kehijauan, rumah-rumah kampung 'oghang nogori' memang unik-unik belaka, kiri kanan hutan so memang agak sunyi. Tempat berkelah yang paling famous kat sana, Ulu Bendul. Agak-agak kalau nak singgah pun after lunch. We tuju Restoran Warisan. Tak masuk ikut Bukit Putus yang legend tu pun. Sepanjang jalan ada banner 'Air Janda Pulang' dan 'Coconut Shake'. Sepanjang kiri kanan jalan tu juga ada orang jual daging salai pelbagai jenis. Mulalah perut bergelodak lapar dan terliur  tengok banner-banner yang mempromosikan makanan diorang. Restoran Warisan sebelah kiri dan sebelah kanan tu pula ada pintu gerbang ke Istana Meranti. 


Ambil gambar siap-siap. Kat sini pun ada coconut shake so tak payah we all susah-susah pergi meronda lagi. 

















I suka view Restoran Warisan ni. Hijau, bersebelahan bendang and kids enjoy kat sini. Mereka bergambar, berlari, melompat, ambil udara siap sedut-sedut lagi udara tu.

Our Menu

 Daging Salai Masak Lomak Cili Api

 Ikan Keli Salai Masak Lomak Cili Api

 Kailan Goreng Oyster Sauce

 Ulam-ulam dan Sambal Belacan

 
Coconut Shake

Makan sudah, bergambar pun sudah, tgk budak-budak sakan berlari pun sudah. Kuala Pilah tak boleh nak pusing habis so next time kena datang lagi sebabnya itik salai belum dapat. Hahaha... Macam ni lah kalau perjalanan yang tak dirancang. Selalunya tujuan untuk makan-makan je. Perjalanan balik, kami singgah di Ulu Bendul. Sangat cantik dan sangat-sangat bersih.






Selalunya tempat orang, kita akan puji lebih-lebih tak macam kat tempat sendiri. Tapi memang tu lah kenyataannya. Memang cantik dan bersih. 



Dah kalau kamera berada kat tangan birthday girl ni memang view & selfie je lah kejenya

 Seperti berada di langit tinggi gitu

Kami singgah di Jusco Cheras Selatan. Menunaikan impian birthday girl nak tgk GODZILA 2. Kemain lagi anak dara ni, ibu ni pun tak faham jalan ceritanya, godzila 1 pun ibu tak layan. Sementara menunggu tayangan, 1 slice cake for her. Cukuplah wajah ceria dan senyuman tu je dah buat ibu melting Alissa. Ibu tau kakak selalu bersyukur dengan apa yang papa dan ibu selalu bagi. Kan kakak?




No smartphone for today at Secret Recipe!...Handphone kami di ambil dan dibungkus dalam plastik. Tak boleh sentuh dan kami diberi beberapa keping kad untuk main bersama sambil makan & minum. Kemudian kami boleh redeem oreo cheesecake for that day. Bagus juga kan...kalau tak masing-masing dok pegang fon je...that's our reward!

Ibu happy, papa happy, birthday girl happy, ika dan sofea pun happy. Sebelum balik rumah, kami singgah rumah atok lisa dulu. Atok belum wish birthday girl lagi. Cucu kesayangan lah katakan...


 Breakfast for last weekend - kuey tiaw goreng. i hias tomato for kids untuk galakkan mereka makan sayur.

 Dinner - Baby Sawi goreng oyster sauce + carrot and fishball. Ika's favourite



We go to Hosptial Sg. Buloh nak melawat abang Long Danial warded but end up tak boleh juga jumpa abang Long tu. 

and

last but not least


InsyaAllah, sekiranya tiada aral melintang kami sampai. Boleh jalan-jalan makan mee bandung Muar pulak kan. Sambil menyelam minum air orang kata.