Friday, May 30, 2014

Happy Birthday Sofea!

Assalam


Agak lewat nak update, tapi alhamdulillah segalanya tetap dengan izin Allah. 

26 Mei 2014,
Selamat Hari Lahir Nur Sofea Azzahra!
Setahun dah pun berlalu, ibu sangat-sangat bersyukur dengan rezki yang Allah kurniakan pada keluarga kecil kita. Ibu tetap terus berdoa supaya keluarga kita ni sentiasa dibawah rahmat Allah, diberkati dan dilindungi. InsyaAllah...

Macam-macam dugaan dan ujian Allah berikan pada ibu sebagai hadiah semasa nak melahirkan awak Sofea. Allah tau ibu mampu hadapi kerana Allah takkan beri melebihi dari kemampuan ibu untuk menghadapinya. Kesihatan ibu makin pulih, ibu ada papa, ibu ada kakak Lisa, kakak Ika dan tersangat istimewa kamu Sofea. Tiada apa lagi yang ibu mahukan, ibu bersyukur dengan apa yang Allah beri sekarang ni. 

Doa ibu pada kamu, supaya kamu terus memberi cahaya kebahagiaan dalam keluarga kita. Sihat tubuh badan kamu, bijaksana dunia akhirat, menjadi muslimah sejati, dilindungi keselamatan kamu dan doa ibu akan terus mengiringi kehidupan kamu dan kakak-kakak kamu. 

We Loves You More, Sofea!







No comments:

Post a Comment