Thursday, June 26, 2014

Gudbye Putrajaya

Assalamualaikum...

Patutlah hati ni rasa berbunga-bunga, tak sabar menanti Ramadhan. Dalam penantian tu terselit 1 hikmah dari Allah. Alhamdulillah, syukur sangat & tak dapat nak dilafazkan dengan kata-kata. Tak sangka penantian ni terlalu awal dan hanya baru beberapa bulan i buat permohonan. Rezeki Ramadhan agaknya.


Lepas ni takde lagi lenguh-lenguh kaki, takde lagi tidur sambil drive, takde mengadap jem dari rumah dan disepanjang perjalanan untuk sampai ke ofis. pftttt... penantian yang sangat menggembirakan. Lepas ni i dah ada driver!

Kuala Lumpur, I'm Back!!!

Wednesday, June 25, 2014

Kids Day Out

Assalamualaikum
Hai!

Jerebu datang lagi!
Kena banyak minum air kosong, pantau anak-anak dari kurangkan aktiviti luar. Ibu regret bawa kids pergi Taman Tasik Perdana last sunday. Lama tak outing kat taman kan so nak sangat bagi diorang enjoy. Main kejar-kejar, panjat sana panjat sini. End up, ika dan sofea kena demam selsema. Ibu bertanggungjawab atas kesalahan tu so that ibu emergency leave lagi untuk jaga ika dan sofea.


You all happy, ibu lagi happy tapi bila you all tak sihat, ibu pun tak happy









Sofea masih tak pandai berjalan lagi. Anak kanggaro betul dia ni.

 Abaikan wajah tu, kita tengak pokok-pokok menghijau, tenang jiwa nyaman dirasa.

 Ibu tak paksa, ibu suruh je. View yang paling ibu suka kat taman tasik ni. Tengak pula drama 'Masihkah Ada Cinta' shoot kat sini


He's freelance photographer. Boleh belek facebook dia 'Ekamil Razali'. Tengah ibu sibuk 'posing' kan anak-anak, dia datang minta izin papa nak ambil gambar budak berdua ni. Next time kita cuba ambil dia untuk family photoshoot yer. Dulu dengan Intai-Intai Production, Sofea belum ada lagi. InsyaAllah



Kebetulan hari minggu, agak ramai yang ber photoshoot kat area ni. Masing-masing tunggu giliran.


 He's already tired. Sofea tersangatlah aktif. Kalah kakak lisa dia dulu





Perempuan sangat


 jumpa next entry yer

wassalam

Friday, June 20, 2014

FLORIA, Putrajaya

Assalamualaikum...
Salam jumaat :)

Lunch hour yang panjang, ke FlORIA juga akhirnya. Tiket masuk RM3.00. Kalau dah keluar then nak masuk balik malam harinya pun boleh tapi keesokan hari tak boleh yer. Sila beli tiket lain. Semenjak berpindah ofis ke Putrajaya ni, ibu dah tak lagi aktif berjalan ke sana sini. Masa kat KL dulu, punyalah meriah. KLCC tu dah jadi rumah kedua. Nak masuk 6 bulan kat Putrajaya ni, boleh dikira berapa kali je masuk Alamanda. Ni kira bernasib ler Floria dekat dgn ofis. Hot Air Ballon pun tak pernah sampai lagi. Hahaha...

Lat sunday, lepas majlis berendoi anak cousin ibu, atok ngn nenek yang bawa kakak Lisa dgn Ika ke Floria. Ibu tak dapat nak ikut, papa not feeling well. Nenek dgn atok tu mestilah nak mencari benih untuk menambah koleksi pokok dgn bunga-bunganya kan...

FLORIA Putrajaya ni diadakan serentak dengan penganjuran ‘Magic of  the Night’ sempena Tahun Melawat Malaysia 2014. 


Perbadanan Putrajaya juga menjalinkan kerjasama dengan Perbadanan Kemajuan Kraftangan bagi menjayakan elemen baru di dalam penganjuran FLORIA 2014 iaitu  FLORIA ARTS AND CRAFTS yang merangkumi bengel-bengkel serta jualan pelbagai kraf, kesenian, batik, dan sebagainya.

  
Cantikkan?...Payung warna-warni ni lah yang menjadi salah satu daya tarikan FLORIA tahun ni.  Actually dah pun ada masa Festival Belia Negara 2014 baru-baru ni. Pemandangan di kala malam,bertambah indah bila lampu dihidupkan.


Tak seronok tanpa anak-anak ibu. Kalau u all ada, ibu lagi suka. Lagi cantik bila malam hari.


Wahhh...sangat cute...Ibu membayangkan Sofea wearing this dress. Aloloooo... verangan je lah...


Ibu's colleague, Kak Shida. Ni lah buah hati pengarang jantung ibu, penglipur lara ibu kat ofis. Pipi ibu makin chubby, berat badan bertambah pun disebabkan Kak Shida ni. Tiap hari, ada je cerita yang boleh buat ibu gelak besar. Terutama bila bercerita soal anak-anak kami. Ummi kepada Fahmi, rakan sekelas Alissa. Dia jugalah guru agama ibu. Ok ok...nampak tak kerusi yang Kak Syida duduk tu?...Kerusi tu boleh di transform kan menjadi seperti gambar dibawah;


2 in 1 okey. Uishhh, terpedaya juga Kak Syida ni. End up, letak deposit terus. Makin berserilah taman tepi rumah Kak Syida tu.


Orked!!!...Bunga kesukaan mak... Ibu tak sempat membelek apa yang nenek dgn atok borong kat FLORIA last week. 

 

Urghhh...cantik-cantik orked kat sini. Demok-demok, Alissa's favourite colour purple.


ibu terpandang that 3 cute items. pftttt...tapi bukan untuk dijual


Aduhai lah mak, kalau atok dapat buat taman mini orked ni untuk nenek, tiap hari nenek  berbual dgn bunga-bunganya


Tadaaa..ibu got this here! 'Kacang Pool' at FLORIA Putrajaya... nice taste, i know papa jeles. haha


 Takoyaki Chicken



Okey, let's pujuk papa datang FLORIA. * wink *

Wassalam...

Monday, June 16, 2014

Assalamualaikum...

Assalamualaikum

Urghhh...banyak hutang ni. Tak sompek den nak update. 3 minggu cuti sekolah, hari ni anak-anak dah pun masuk sekolah semula. Susahnya lah ai nak kejutkan diorang. Kalau cuti tu, tak payah pun ibu susah payah kejutkan, elok je bangun sendiri. En. abg pun tak berapa sihat hari ni, so silalah duduk di rumah diam-diam yer. Ibu tak boleh nak jaga sbb cuti makin kurang. Ampunnn...

Last 2 weeks, kami ke selatan lagi. Jangan ditanya kenapa kami suka ke selatan. Haha...
Tapi ibu update yang di Pagoh je lah yer. Memenuhi undangan majlis perkahwinan kawan papa, Hajar. Honestly, she's so beautiful. Anak-anak yang tak pandai menipu tu pun sama puji. Untuk jalan-jalan cuti sekolah, bolehlah membelek gambar je. Ibu dah save semua kat dalam lappy. Itupun belum sempat nak masukkan semua dalam CD.

Ok, Majlis auntie Hajar ibu update next entry yer.

Khamis dan Jumaat minggu lepas, ibu ambil cuti semata untuk anak-anak ibu lagi. Heaven sangat ibu rasa bila anak-anak selalu dgn ibu. Nak-nak kalau semuanya tak boleh berenggang. Memang lah rimas, kejap minta itu kejap minta ini, stress ibu. Jumaat petang papa balik awal. Suruh siapkan kids then pakaikan baju kaler merah. Memang confirm papa jadi bawa kita tgk bola, Liga Super Selangor lwn ATM. So ibu tak nak pok pek lebih-lebih. Biar gambar je yg berbicara.


 5 anak jati Selangor. Kalau tak setia sila keluar dari Selangor. Haha

Ibu dah survey jersey untuk the girls, next time papa yg belikan yer. so pakai je lah mafla Selangor tu dulu

 Sofea sangat serius, Ika memang suka interframe

'Firdous Junior'...mata tu klu memandang sebijik papa dia. Tajam sgt!

2nd time ibu masuk stadium. Last time masa zaman anak dara. Itupun dah banyak berubah. Ooo...gitu eh...ooo...gitu yer pa...banyak yg ditanya makin malas papa nak layan ibu. Hahaha. Untuk half an hour, anak-anak semua nampak ok. Ibu pun lega tapi untuk minit-minit seterusnya, sorang dah duduk kat lantai, sorang dah baring atas kerusi kepala atas peha ibu, yang cik Pea pulak dah bertukar-tukar tangan. So rasakan lah yer kalau bawa anak-anak sekali.

ATM - 2 Selangor - 0
Minit ke 87 kami dah out dari stadium. Sangat menghampakan!

 Walaupun musim World Cup, kami ni tetap jiwa Selangor. 

Last but not least, tq papa. Tq habiskan hampir semua masa papa untuk kami. U know kan, takde istilah 'hari bapa' yang disambut mereka setiap tahun. Syukur nikmat masa yang Allah bagi pd kita. Ingatan kami pada papa, dengan apa yang papa dah sediakan untuk kami, InsyaAllah pasti ada ganjarannya. You're the best papa in the world that our kids ever had! tq so much!