Tuesday, May 20, 2014

Jalan-Jalan Kuala Pilah

Assalam
Hectic Weekend!!!

1st of all, happy 7th birthday to my beautiful one, Nur Alissa Amani. Share tarikh dengan sambutan hari guru seMalaysia on 16th Mei. Tiada apa yang istimewa dari ibu dengan papa, just spend our quality time together. Ikutkan that day kita dah berangkat ke PD tapi segalanya tetap ditentukan oleh Allah so we decided go to jalan-jalan kuala pilah. Nak dapatkan sangat daging salai masak lomak cili api, itik salai lah, ikan keli salai lah. bla bla bla...

We naik highway LEKAS and before that ibu memang dah lama sangat nak 'chestnut', papa stop and bought for me. Last i makan masa pregie Sofea.
 


Berdekatan TESCO Kajang and near Saujana Impian




Perjalanan kami sangat menenangkan, tiada kesesakkan lalulintas, pemandangan yang kehijauan, rumah-rumah kampung 'oghang nogori' memang unik-unik belaka, kiri kanan hutan so memang agak sunyi. Tempat berkelah yang paling famous kat sana, Ulu Bendul. Agak-agak kalau nak singgah pun after lunch. We tuju Restoran Warisan. Tak masuk ikut Bukit Putus yang legend tu pun. Sepanjang jalan ada banner 'Air Janda Pulang' dan 'Coconut Shake'. Sepanjang kiri kanan jalan tu juga ada orang jual daging salai pelbagai jenis. Mulalah perut bergelodak lapar dan terliur  tengok banner-banner yang mempromosikan makanan diorang. Restoran Warisan sebelah kiri dan sebelah kanan tu pula ada pintu gerbang ke Istana Meranti. 


Ambil gambar siap-siap. Kat sini pun ada coconut shake so tak payah we all susah-susah pergi meronda lagi. 

















I suka view Restoran Warisan ni. Hijau, bersebelahan bendang and kids enjoy kat sini. Mereka bergambar, berlari, melompat, ambil udara siap sedut-sedut lagi udara tu.

Our Menu

 Daging Salai Masak Lomak Cili Api

 Ikan Keli Salai Masak Lomak Cili Api

 Kailan Goreng Oyster Sauce

 Ulam-ulam dan Sambal Belacan

 
Coconut Shake

Makan sudah, bergambar pun sudah, tgk budak-budak sakan berlari pun sudah. Kuala Pilah tak boleh nak pusing habis so next time kena datang lagi sebabnya itik salai belum dapat. Hahaha... Macam ni lah kalau perjalanan yang tak dirancang. Selalunya tujuan untuk makan-makan je. Perjalanan balik, kami singgah di Ulu Bendul. Sangat cantik dan sangat-sangat bersih.






Selalunya tempat orang, kita akan puji lebih-lebih tak macam kat tempat sendiri. Tapi memang tu lah kenyataannya. Memang cantik dan bersih. 



Dah kalau kamera berada kat tangan birthday girl ni memang view & selfie je lah kejenya

 Seperti berada di langit tinggi gitu

Kami singgah di Jusco Cheras Selatan. Menunaikan impian birthday girl nak tgk GODZILA 2. Kemain lagi anak dara ni, ibu ni pun tak faham jalan ceritanya, godzila 1 pun ibu tak layan. Sementara menunggu tayangan, 1 slice cake for her. Cukuplah wajah ceria dan senyuman tu je dah buat ibu melting Alissa. Ibu tau kakak selalu bersyukur dengan apa yang papa dan ibu selalu bagi. Kan kakak?




No smartphone for today at Secret Recipe!...Handphone kami di ambil dan dibungkus dalam plastik. Tak boleh sentuh dan kami diberi beberapa keping kad untuk main bersama sambil makan & minum. Kemudian kami boleh redeem oreo cheesecake for that day. Bagus juga kan...kalau tak masing-masing dok pegang fon je...that's our reward!

Ibu happy, papa happy, birthday girl happy, ika dan sofea pun happy. Sebelum balik rumah, kami singgah rumah atok lisa dulu. Atok belum wish birthday girl lagi. Cucu kesayangan lah katakan...


 Breakfast for last weekend - kuey tiaw goreng. i hias tomato for kids untuk galakkan mereka makan sayur.

 Dinner - Baby Sawi goreng oyster sauce + carrot and fishball. Ika's favourite



We go to Hosptial Sg. Buloh nak melawat abang Long Danial warded but end up tak boleh juga jumpa abang Long tu. 

and

last but not least


InsyaAllah, sekiranya tiada aral melintang kami sampai. Boleh jalan-jalan makan mee bandung Muar pulak kan. Sambil menyelam minum air orang kata. 

No comments:

Post a Comment