Thursday, February 20, 2014

Ilmu Untuk Anak-anak

 Assalam,
Salam Khamis...Senyum ok!
Fuhhh... fuhhh... fuhhh... sikap malas.

Now talk 'bout Kakak Alissa. Entah kenapa sekarang i dan hb agak lebih menumpukan perhatian pada dia. Yup, i'm a career woman. I have three daughters. Agak letih juga bila keluar gelap dan balik pun dah gelap. Tumpuan untuk anak-anak tetap juga nak diberi. Bila badan penat, otak pun kalau boleh biarlah stop berfungsi sekejap kan tapi memanglah tak boleh. Kerja sekolah Lisa perlu di semak. Zulaikha pula kena lebih tekankan penulisan, perkataan, huruf dan nombor. Sofea masih baby yang tersangatlah susahnya nak lepas bila dah bergantung dengan i. Be strong ibu!...

I masukkan Alissa ke Sekolah Tahfiz Al-Quran. Sekolah ni merupakan institusi pendidikan Islam swasta yang menggunakan sukatan pelajaran Kementerian Pendidikan Malaysia dan JAIS untuk pendidikan akademik dan diniah serta hafazan Al-Quran bagi separuh masa 4 jam sehari. Ada juga yang tegur I, 'tak kesian ke Alissa sekolah dari pagi hingga petang?'. Saya cuma jawab 'ibu dia dulu pun sekolah agama juga. Pagi sekolah kebangsaan, petang sekolah agama. Memanglah letih tapi ilmu ni kan perlu dituntut sebab ilmu tak datang bergolek'. Cuma bezanya Alissa dari 8 pagi direct ke 4 petang. 

Memang sangat kesian pada dia, lepas habis sesi sekolah 4 petang, dia sampai rumah around pukul 5 petang. Salin pakaian, mandi, tidur sekejap, bangun, makan. Around 7.30 mlm, I jemput anak-anak. Sampai je rumah, lepas maghrib i kerah Alissa buat kerja sekolah. I dengan hb bergilir-gilir duduk bersama dia. Yelah, anak-anak lain pun perlukan perhatian juga. I tak nafikan, kerja sekolah dia memang banyak. Alissa memang kena struggle, kena rajin tak boleh malas. Ibu papa Alissa ni bukan lahir dari keluarga yang bijak pandai, jadi kenalah RAJIN untuk menjadi bijak pandai. Dia sendiri pernah menangis untuk siapkan kerja sekolah. Kami pernah temankan Alissa sampai pukul 1 pagi. Mesti ada yang kata cikgu-cikgu sekolah dia kejamkan?... For me, 'tak kejam'. Cikgu mana yang nak lihat anak-anak murid dia menjadi bodoh kan?... i dan hb ada alasan kami yang tersendiri. (Nanti saya cerita pasal Sultan Mehmet Al-Fateh yer, sangat berkaitan).


captured by hubby yg berhempas pulas temankan anak dia siapkan homework sampai pukul 1 pagi

Dari sudut agama kami sangat lemah dan kami sendiri masih menuntut ilmu agama. Jadi biarlah kami beri lebih penekanan pada anak-anak. Memang ada niat nak masukkan dia sekolah kebangsaaan je tanpa sekolah agama, tapi dari segi masa untuk bagi pendidikan agama secara keseluruhan pada anak, agak terhad disitu. So dari dia banyak main bila tak bersekolah agama, biarlah dia belajar dari pagi hingga ke petang. Sekurang-kurangnya Alissa dapat menghafaz. Ok, ada juga kawan-kawan yang cakap kat i 'kita kat rumah pun boleh ajar dia menghafaz', yer...memamg betul tu. Lagi bagus kalau ibu bapa sendiri yang mendidik anak untuk menghafaz tapi i sendiri tak yakin dengan tajwid i, jadi bagaimana i nak berikan ilmu tu pada anak sedangkan i juga masih belajar?. dan InsyaAllah, kami sendiri akan duduk bersama, berbual, mendengar bacaan mereka. Bahagiakan?...

Ibu bapa zaman sekarang lebih menekankan anak pandai bercakap inggeris, tapi pernah tak terfikir untuk tekankan anak-anak pandai bercakap bahasa Al-Quran (Bahasa Arab)? Bercerita kisah-kisah nabi (sirah), ajar tauhid, fekah, menulis serta pandai membaca jawi. Kesimpulannya, terpulanglah pada parents, cara yang bagaimana untuk mendidik anak.  Kita mempunyai alasan yang tersendirikan. 

I sendiri tak mahu paksa anak untuk menjadi bijak pandai dalam semua akademik yang dipelajarinya tapi tuntutlah ilmu. Ilmu tu sangat penting. Ilmu boleh dibawa ke mana-mana je terutama ilmu akhirat. Cemerlang dalam pelajaran pun belum tentu menjamin masa depan yang cerah tapi ilmu boleh buat anak-anak cemerlang pada masa hadapan. Hah ok, faham tak maksud  i?...

Ok, i copy sikit cerita Zaman Pendidikan Sultan Mehmet Al-Fateh yer.

Sultan Mehmet Al-fateh adalah seorang PUTERA RAJA. Baginda dicampak oleh ayahandanya ke pondok pesantren untuk belajar dengan 2 orang sheikh yang kadangkala dengan sengaja memukul baginda tanpa sebab dan memberikan baginda makanan yang menjadi baki paling akhir selepas pelajar lain semua makan. Pakaian baginda adalah yang paling teruk berbanding orang lain. Setelah menjadi raja, beliau memanggil 2 orang sheikh itu untuk bertanya mengapa sheikh itu tidak berlaku adil kepada beliau. Lalu sheikh-sheikh itu menjawab..

“Kami dititah untuk melakukan kezaliman itu kepada Tuanku supaya apabila Tuanku menjadi raja, Tuanku tahu perasaan rakyat yang akan Tuanku zalimi”.

Dipendekkan cerita, sebuah ketamadunan besar mampu ditumbangkan oleh Al-Fateh dengan penawanan Constantinople selepas ratusan tahun percubaan oleh pelbagai kekuasaan lain. 

Kesimpulannya, adakah kita mahu anak sehebat itu tanpa perlu ada pengorbanan? Tanpa tekanan? Bila i terbaca zaman pendidikan Sultan Mehmet Al-Fateh ni, i terus terfikir, biarlah Alissa bersusah payah dizamannya sekarang, dengan izin Allah, kesenangan akan mengelilingi dia di kemudian hari. Dari situlah, i taknak fikir kekejaman guru-guru dia membebankan Alissa dengan memberi kerja sekolah yang banyak. 

Alissa pernah bagitau i yang dia pernah kena rotan dengan cikgu. i tanya Alissa, 'kenapa cikgu rotan kakak?' 'sebab kakak main-main masa cikgu mengajar'. I cakap dengan Alissa cikgu rotan bukan sebab tak sayangkan kakak, cikgu rotan sebab cikgu sayang dan nak kakak jadi budak bijak' dan sekarang bila saya tanya dia kenapa kenapa dan kenapa klu dia didenda dan dihukum, Alissa akan jawab sebab 'SAYANG'. Simplekan?...Jangan ajar anak membenci apabila dihukum, terangkan pada mereka.

I sendiri pernah dihukum rotan dengan cikgu sampai birat-birat,bengkak, dikepit jari, didenda 50 sen bila kertas ujian gagal dan 50 sen akan dikumpul dan dihadiahkan pada pelajar yang paling cemerlang dalam kelas. Jadi i tak kisah sekiranya anak i dihukum sekiranya dia benar-benar buat kesalahan dan selagi tidak melibatkan patah tulang temulang atau melibatkan nyawa.

Subhanallah, i dan hb sangat-sangat sayangkan anak-anak. Kadang-kadang diri kami ni memang lalai dan khilaf dalam memberikan yang terbaik pada anak-anak. I seorang ibu yang biasa dan kadang-kadang pernah merasa diri ni L.O.S.E.R. 

KEEP IT UP IBU, KEEP IT UP PAPA...
Do the best for your kids!...
InsyaALLAH...


Monday, February 17, 2014

Let's Picnic

Assalam
Mulakan hari-hari dengan basmallah dan banyakkan beristighfar...
Alhamdulillah, hari-hari saya bertambah ceria walaupun ada terselit sikit kedukaan tapi bila kembali dengan mengingati Allah dan terus berserah kepadaNya selepas berusaha, hati saya kembali tenang. Bak kata Zulaikha 'Allah kan ada'...Chill!...

Teringat di pagi sabtu yang baru dilepaskan (jgn tiru ayat ini), si ika meraung menangis. Apahal lah kan, weekend lah masa ibu nak beristirehat tau. Bila ditanya rupanya si anak kelaparan nak makan nasi....aiyoooo, mlm bila ajak makan tak nak, bila pagi gitulah dia...L.A.P.A.R. Melompat si papa keluar beli sarapan untuk si anak. Ibu pun terpaksalah juga bangun (hakikatnya nak lewat buat sarapan, tambahan pula bila dah diberi cuti kan). Muncul hb dari beli sarapan 'ibu, anak-anak ajak mandi sungai'. ok, ni idea anak-anak ke idea pak nyerrr?...

Call my adik-adik, siap-siap kemas rumah, sidai kain, cuci pinggan mangkuk, packing baju, LET'S PICNIC 

Oleh kerana kami ni orang 'langek' so pilihan nk beriadah di sungai-sungai tu sangat banyak. Di Hulu Langat kami ada Sungai Tekala, Air Terjun Sungai Gabai, Hutan Lipur Sungai Chongkak, Lubuk Manggis, Nur Lembah Pangsun, Lopo. Pilihan di tangan anda.

Lokasi Dituju : Nur Lembah Pangsun, Lopo, Lubuk Manggis
Lokasi Pilihan: Lopo (tapi fully booked) 'nice view there'
Lokasi Picnic: Lubuk Manggis
Harga Pondok: RM 20.00 sehari

Untuk menyeberang ke pondok yang disewa, jambatan gantung disediakan yer...kids 1st time jumpa jambatan jenis gantung ni so mereka agak teruja dan agak penakut. haha

Adik-adik yang sangat setia dengan alongnya. Kalau bab hepi-hepi ni, mereka memang pilihan yang tepat.

Look at her face! nampak teruja tak?. Last bawa Lisa mandi sungai, sebelum ada Ika lagi. Agak lama kan. Ika pun belum pernah mandi sungai so memang pengalaman pertama dia dan kali ni, Ika lah orang pertama yang masukkan kaki ke dlm sungai. Actually, Ika ni penakut air orangnya. Even swimming pool pun dia akan menjerit. Dah besar ni baru ada keberanian dalam diri dia. Alissa suruh i berjanji bawa dia mandi sungai lagi. Ok, ibu promise akan bawa kakak lagi tapi tak tau bila yer...



 Kita enjoyyyy!!!

Enjoy the food

sleeping baby

 nice view yaaa?

little mermaid

ada je port yg selesa untuk dia berjemur

 nampak santai je dia kan?...

Kadang-kadang kita melihat indah dan cantiknya negara luar sampai kita terlupa ciptaan Allah tu semuanya indah walau di mana je kita berada. Hujan emas di negara orang hujan batu di negara sendiri. Next target, kami nk ber camping di PD. Our cousins pun ada kat sana, so bolehlah berbarbeque.

Done...


Cop cop cop...


Haaa...


Tadaaa...

 Kids New Hair 2014


Oleh kerana masa ibu dan papa banyak terbuang untuk menyikat rambut anak-anak sebelum bersiap ke sekolah, maka kami pun kasi potong kakak punya long hair. Arghhh...ibu memang sayangkan rambut mereka tapi ibu terpaksa. Si kecik tu pun tak ketinggalan, papa botakkan juga. Sofea ke Sofean?...Bila dah botak, baru lah chinese looks gitu...

 Sesi membotakkan rambut Sofea, sampai tertidur dia

Sebelum dan selepas


Jumpa lagi next entry yaaa...



Friday, February 14, 2014

Subhanallah Aku Mencintainya

Assalam


Jejak-jejak langkahku
Bagaikan lembaran waktu
Apakah ku masih bisa terus melangkah
Serpihan hidupku ‘kan ku bangun
di atas satu cinta

Subhanallah aku mencintainya
Subhanallah aku menyayanginya
Dari ufuk timur hingga ke barat
Selalu dihatiku




Biar lirik berbicara...
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui  setiap isi hati hambaNya...
I Luv U deep deep deep inside my heart, dunia hingga ke Syurga...InsyaAllah...




Tuesday, February 11, 2014

Yang Baik Datang Dari ALLAH

Assalam,



Thanks sahabat (Puan F) sudi share video ni.

Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 199:

“Dan kamu mohonlah keampunan daripada Allah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

Kelebihan Istihgfar;

Daripada Ibni Abbas Radiallahu Anhuma, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : "Sesiapa yang selalu beristighfar nescaya Allah akan menjadikan baginya kemudahan bagi setiap kesempitan, kesenangan bagi setiap kesedihan dan memberi rezeki tanpa diduga olehnya". (Riwayat Al-Imam Abi Daud)

Selalunya yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan yang buruk itu datang dari diri saya sendiri. Dan apabila adanya sahabat yang selalu bersama dan berkongsi perkara-perkara yang baik, saya sangat bersyukur kerana Allah hadirkan dia untuk saya. Alhamdulillah...

Ingat lagi tak janji i nak 'share' hasil seni anak? Busy sangat sampai terlupa nk 'upload'. Bila masa free macam ni lah, bila dibelek-belek blk post lepas, eh eh...hutang tu hutanggggg...

ni entry dari post 'Inspirasi Ibu'


and now for today, i upload eh...
Bangun awal pagi, dengan belum mandinya, ambil kertas warna, ambil lidi penyapu atok. Atok kata 'patutlah penyapu atok makin kurang'...hahaha

Tadaaaa...'flower bouquet by Alissa'

Ok, kita tambah lagi eh...

Tadaaa

Bahan-bahannya:
Bunga hidup (pastikan jangan cabut dari pasu nenek, nanti nenek mengamuk)
Polistrin
Air Paip

Cara-caranya:
Masukkan bunga-bungaan yang telah dikutip tadi ke dalam polistrin kemudian isikan air.
Setelah diisikan air, masukkan ke dalam peti sejuk beku. Biarkan sehingga air tadi menjadi keras yer dan lihatlah hasilnya....

Nenek kata 'habis bunga nenek kakak oi, baru nk berbunga kakak dh cabut. alahaiiii cucu'...

Surat untuk Atok...


Atok: 'tengok apa anak along bagi kat ayah (sambil hulur sampul kaler pink)'

Me: 'kakak, kenapa suruh atok yang beli?'

Kakak: 'biarlah, kakak nak atok yang beli pulak untuk kakak'

erkkkk...

Surat untuk ibu & papa (jumpa dalam handbag i)


dari kakak Lisa

Kawan-kawan i tanya, apa maksud '4-5' tu? i jawab, dari 4 ke 5 orang (family) tp macam-macam persepsi boleh buat. Ada yang kata tambah anak dalam masa 4 ke 5 tahun lagi. Tak kisahlah kan, hanya empunya badan je yg boleh tafsir. Nanti i tanya lisa apa maksud dia yer. haha


dari kakak ika

Alololoooo sayang anak manja ibu... papa & ibu sangat kurus. kenapa ibu tak pakai tudung ni sayang. seksilah...


Struggle tolong nenek lipat baju. Tapi cari baju dia je...

Practise make perfect


Yeayyy...Sofea dah pandai duduk. Sebaik sihat dari demam,selsema & chicken pox, terus boleh duduk. umur 8 bulan, kakak-kakak dia 6 bulan dah boleh duduk. Alhamdulillah...

Go fea go fea...kakak-kakak tak nak main ngan fea so main ngan ibu yer

Luv  them till Jannah!!!...

Ameennn...