Wednesday, May 21, 2014

My pinky knife

Assalam

Smile reached the ears!...hahaha

Thank you sahabat for the beautiful gift... macam tau-tau je kan favourite color ku. Yes, i am a pinky women. gituuu...

Stainless Steel Blade

Dia mengucapkan 'terima kasih kerana aku hadir dalam hidupnya' tapi ku mengucapkan ribuan terima kasih kerana dia hadir saat paling tepat dalam hidup aku. Kita berkawan dari zaman kanak-kanak lagi. Teringat rambut dia terikat rapi kiri dan kanan. Rambut depan paras dahi dengan wajah yang sangat comel. Kawan yang kecil molek, genit orangnya. Suara lunak dan selalunya mulut dia tak pernah berhenti bercakap. Ingatan yang sangat kuat sedangkan aku dah banyak lupa. Nak kata faktor umur, kita ni sebaya. 

Kita berkawan tapi tak rapat seperti dua orang lagi kawan kita, tapi aku selalu ada diantara kamu bertiga. Rite dear? Kita berpisah bila hala tuju pilihan sekolah masing-masing. Dia jauh ke Selatan dan aku tetap teguh berada di sini. Aku ingat kamu hadir masa majlis kawin aku. Dari jauh kamu travel dan ku sangat-sangat menghargainya. 

Yang, 
Allah rapatkan kita semula dan kali ni bukan hanya sebagai kawan tapi sebagai sahabat. Kita lebih rapat dari dulu walaupun jarak antara kita sangat jauh. Kita berterima kasih pada Allah sebab kamu dan aku memerlukan antara satu sama lain. Kamu tak pernah jemu positifkan aku, tak pernah jemu melayan aku dan sentiasa ada untuk aku. Lewat malam pun kamu bangun untuk melayan aku. Menjadi kebiasaan bila mesej pertama dari kamu hampir setiap subuh aku. Kamu ambil berat seperti seorang ibu, marah macam seorang ayah, bergurau macam adik beradik dan menyayangi melebihi dari seorang kekasih. Kamu tetap setia saat yang lain-lain pergi dari aku. Kamu juga punca kekuatan aku. InsyaAllah, kamu sahabat akhirat ku.

'Selemah-lemah manusia ialah yang tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah adalah orang yang telah mensia-siakan sahabat yang telah dicari' - Saidina Ali


Yang, 
ni resipi kerabu mangga asam boi aku untuk kamu...
hehe


Mangga muda, asam boi, gula, garam

Mangga muda tu disagat
Asam Boi diricih
Letak gula dan garam secukup rasa
then gaulkan semua bahan-bahan tu
Perap dalam peti sejuk semalaman
Esoknya dah boleh makan, lagi sedap makan lepas keluarkan dari peti sejuk tu...

Cubalah yang, snack sambil goyang-goyang kaki buat keje ofis



1 comment:

  1. mane tisu ni..mane tisu... =)

    i have no words to describe

    still...where's my tissue *wipetears*

    ReplyDelete