Tuesday, May 27, 2014

PANDORA

Assalam


Ibu nak cerita skit pasal P.A.N.D.O.R.A jewellery ni. Setahu ibu Pandora ni baru je masuk Malaysia around 3 years later tapi fenomenanya meletop-letop. Antara list-list jewellery kat Malaysia yang ibu tahu, Tiffany & Co, Hermes Paris, Habib, Lazo Diamond, Poh Kong, bla bla bla dan banyak lagi lah.

Apa yang menarik mengenai Pandora ni, penggemarnya membeli bukan kerana bentuk rekaan charms tu je, malah memilih charms mengikut peristiwa tertentu.

Setiap charms mempunyai maksud tertentu bagi si pemakai. Tak semestinya charms dibeli sekali gus, tetapi boleh dimiliki secara berperingkat. Ada juga si pemakai membeli charms yang sama tetapi susunannya masih berbeza-beza mengikut kehendak masing-masing.

Sejarah Pandora, ia adalah jenama barang kemas nombor tiga di dunia bermula di Copenhagen, Denmark pada 1982 dimana ianya adalah hasil usaha sepasang suami isteri yang menjadikannya terkenal di Eropah. Ia kemudian dibawa ke Australia oleh seorang wanita Denmark dan mula mencipta nama di sana. Begitu juga di Amerika Syarikat yang turut diperkenalkan warga Denmark yang mengembangkan sayap perniagaannya dan kini jenama ini berada di lebih 40 negara.

Walaupun Pandora kedengaran agak mahal, sesiapa yang dah mengenali jenama ni memang mudah sangatlah jatuh cinta. Termasuk si ibu ni. Hehe.

Actually, ibu pun baru je tau wujudnya Pandora ni, last year. Punyalah lama dah bertapak. Alahaiii....bukanlah peminat barang kemas pun ibu ni tapi dah namanya pun perempuan, sikit sebanyak perasaan nak melawo (berhias) mestilah ada kan?



Ibu punya story, all 'about heart!'. Ibu yang cipta sendiri dunia charms pilihan ibu. Ibu inginkan kebahagiaan, penuh dengan kecintaan dan senyuman. Teringat kawan ibu tanya, 'apa tema ko pizah?' dan dan staff tu cakap 'ooo, tema dia buat sendiri'. Hahaha... dah katanya 'your story, with Pandora it is all up to you'. kannn?...











Ni dia kitab-kitab Pandora ibu (we talk 'bout Pandora okey!). Ada antara buku-buku tu dah pun selamat ke tangan anak-anak. Habis kena conteng, bila ibu nak study mulalah tercari-cari. Dah 2 butik ibu redah nak buku ni, semuanya dah habis. Kalau nak keluar koleksi baru, kitab pun akan bertukarlah kot.


My friend yang baru dalam dunia Pandora, same like me, dah pun mula rambang mata. And she had a her own story too. Last friday i follow her to KLIA2. Charms yang ibu nak, yang takde kat butik luar, semua ada kat butik ni. New branch kan, baru launching kalau takde melampaulah tu.

Itupun after 5 months okey, ibu dah buat muka kucing kat papa, baru dapat green light so lepas ni kena tunggu 5 bulan ke setahun pulak yer baru dapat charm baru. Haha...
(Anyway, thank you daddy for 3 charms. *wink wink*)

Charms in ibu's wishlist:

2 clips

 1 dangle

2 spacers

2 charms



smile!

1 comment:

  1. Hi..peminat pandora ye? Blh je visit my blog "jeannapandora.blogspot" or my fb page "gorgeous pandora" utk dptkan koleksi pandora pd harga yg murah dan berpatutan. Tq 😊

    ReplyDelete