Monday, June 16, 2014

Assalamualaikum...

Assalamualaikum

Urghhh...banyak hutang ni. Tak sompek den nak update. 3 minggu cuti sekolah, hari ni anak-anak dah pun masuk sekolah semula. Susahnya lah ai nak kejutkan diorang. Kalau cuti tu, tak payah pun ibu susah payah kejutkan, elok je bangun sendiri. En. abg pun tak berapa sihat hari ni, so silalah duduk di rumah diam-diam yer. Ibu tak boleh nak jaga sbb cuti makin kurang. Ampunnn...

Last 2 weeks, kami ke selatan lagi. Jangan ditanya kenapa kami suka ke selatan. Haha...
Tapi ibu update yang di Pagoh je lah yer. Memenuhi undangan majlis perkahwinan kawan papa, Hajar. Honestly, she's so beautiful. Anak-anak yang tak pandai menipu tu pun sama puji. Untuk jalan-jalan cuti sekolah, bolehlah membelek gambar je. Ibu dah save semua kat dalam lappy. Itupun belum sempat nak masukkan semua dalam CD.

Ok, Majlis auntie Hajar ibu update next entry yer.

Khamis dan Jumaat minggu lepas, ibu ambil cuti semata untuk anak-anak ibu lagi. Heaven sangat ibu rasa bila anak-anak selalu dgn ibu. Nak-nak kalau semuanya tak boleh berenggang. Memang lah rimas, kejap minta itu kejap minta ini, stress ibu. Jumaat petang papa balik awal. Suruh siapkan kids then pakaikan baju kaler merah. Memang confirm papa jadi bawa kita tgk bola, Liga Super Selangor lwn ATM. So ibu tak nak pok pek lebih-lebih. Biar gambar je yg berbicara.


 5 anak jati Selangor. Kalau tak setia sila keluar dari Selangor. Haha

Ibu dah survey jersey untuk the girls, next time papa yg belikan yer. so pakai je lah mafla Selangor tu dulu

 Sofea sangat serius, Ika memang suka interframe

'Firdous Junior'...mata tu klu memandang sebijik papa dia. Tajam sgt!

2nd time ibu masuk stadium. Last time masa zaman anak dara. Itupun dah banyak berubah. Ooo...gitu eh...ooo...gitu yer pa...banyak yg ditanya makin malas papa nak layan ibu. Hahaha. Untuk half an hour, anak-anak semua nampak ok. Ibu pun lega tapi untuk minit-minit seterusnya, sorang dah duduk kat lantai, sorang dah baring atas kerusi kepala atas peha ibu, yang cik Pea pulak dah bertukar-tukar tangan. So rasakan lah yer kalau bawa anak-anak sekali.

ATM - 2 Selangor - 0
Minit ke 87 kami dah out dari stadium. Sangat menghampakan!

 Walaupun musim World Cup, kami ni tetap jiwa Selangor. 

Last but not least, tq papa. Tq habiskan hampir semua masa papa untuk kami. U know kan, takde istilah 'hari bapa' yang disambut mereka setiap tahun. Syukur nikmat masa yang Allah bagi pd kita. Ingatan kami pada papa, dengan apa yang papa dah sediakan untuk kami, InsyaAllah pasti ada ganjarannya. You're the best papa in the world that our kids ever had! tq so much!


No comments:

Post a Comment