Friday, June 20, 2014

FLORIA, Putrajaya

Assalamualaikum...
Salam jumaat :)

Lunch hour yang panjang, ke FlORIA juga akhirnya. Tiket masuk RM3.00. Kalau dah keluar then nak masuk balik malam harinya pun boleh tapi keesokan hari tak boleh yer. Sila beli tiket lain. Semenjak berpindah ofis ke Putrajaya ni, ibu dah tak lagi aktif berjalan ke sana sini. Masa kat KL dulu, punyalah meriah. KLCC tu dah jadi rumah kedua. Nak masuk 6 bulan kat Putrajaya ni, boleh dikira berapa kali je masuk Alamanda. Ni kira bernasib ler Floria dekat dgn ofis. Hot Air Ballon pun tak pernah sampai lagi. Hahaha...

Lat sunday, lepas majlis berendoi anak cousin ibu, atok ngn nenek yang bawa kakak Lisa dgn Ika ke Floria. Ibu tak dapat nak ikut, papa not feeling well. Nenek dgn atok tu mestilah nak mencari benih untuk menambah koleksi pokok dgn bunga-bunganya kan...

FLORIA Putrajaya ni diadakan serentak dengan penganjuran ‘Magic of  the Night’ sempena Tahun Melawat Malaysia 2014. 


Perbadanan Putrajaya juga menjalinkan kerjasama dengan Perbadanan Kemajuan Kraftangan bagi menjayakan elemen baru di dalam penganjuran FLORIA 2014 iaitu  FLORIA ARTS AND CRAFTS yang merangkumi bengel-bengkel serta jualan pelbagai kraf, kesenian, batik, dan sebagainya.

  
Cantikkan?...Payung warna-warni ni lah yang menjadi salah satu daya tarikan FLORIA tahun ni.  Actually dah pun ada masa Festival Belia Negara 2014 baru-baru ni. Pemandangan di kala malam,bertambah indah bila lampu dihidupkan.


Tak seronok tanpa anak-anak ibu. Kalau u all ada, ibu lagi suka. Lagi cantik bila malam hari.


Wahhh...sangat cute...Ibu membayangkan Sofea wearing this dress. Aloloooo... verangan je lah...


Ibu's colleague, Kak Shida. Ni lah buah hati pengarang jantung ibu, penglipur lara ibu kat ofis. Pipi ibu makin chubby, berat badan bertambah pun disebabkan Kak Shida ni. Tiap hari, ada je cerita yang boleh buat ibu gelak besar. Terutama bila bercerita soal anak-anak kami. Ummi kepada Fahmi, rakan sekelas Alissa. Dia jugalah guru agama ibu. Ok ok...nampak tak kerusi yang Kak Syida duduk tu?...Kerusi tu boleh di transform kan menjadi seperti gambar dibawah;


2 in 1 okey. Uishhh, terpedaya juga Kak Syida ni. End up, letak deposit terus. Makin berserilah taman tepi rumah Kak Syida tu.


Orked!!!...Bunga kesukaan mak... Ibu tak sempat membelek apa yang nenek dgn atok borong kat FLORIA last week. 

 

Urghhh...cantik-cantik orked kat sini. Demok-demok, Alissa's favourite colour purple.


ibu terpandang that 3 cute items. pftttt...tapi bukan untuk dijual


Aduhai lah mak, kalau atok dapat buat taman mini orked ni untuk nenek, tiap hari nenek  berbual dgn bunga-bunganya


Tadaaa..ibu got this here! 'Kacang Pool' at FLORIA Putrajaya... nice taste, i know papa jeles. haha


 Takoyaki Chicken



Okey, let's pujuk papa datang FLORIA. * wink *

Wassalam...

No comments:

Post a Comment