Thursday, February 20, 2014

Ilmu Untuk Anak-anak

 Assalam,
Salam Khamis...Senyum ok!
Fuhhh... fuhhh... fuhhh... sikap malas.

Now talk 'bout Kakak Alissa. Entah kenapa sekarang i dan hb agak lebih menumpukan perhatian pada dia. Yup, i'm a career woman. I have three daughters. Agak letih juga bila keluar gelap dan balik pun dah gelap. Tumpuan untuk anak-anak tetap juga nak diberi. Bila badan penat, otak pun kalau boleh biarlah stop berfungsi sekejap kan tapi memanglah tak boleh. Kerja sekolah Lisa perlu di semak. Zulaikha pula kena lebih tekankan penulisan, perkataan, huruf dan nombor. Sofea masih baby yang tersangatlah susahnya nak lepas bila dah bergantung dengan i. Be strong ibu!...

I masukkan Alissa ke Sekolah Tahfiz Al-Quran. Sekolah ni merupakan institusi pendidikan Islam swasta yang menggunakan sukatan pelajaran Kementerian Pendidikan Malaysia dan JAIS untuk pendidikan akademik dan diniah serta hafazan Al-Quran bagi separuh masa 4 jam sehari. Ada juga yang tegur I, 'tak kesian ke Alissa sekolah dari pagi hingga petang?'. Saya cuma jawab 'ibu dia dulu pun sekolah agama juga. Pagi sekolah kebangsaan, petang sekolah agama. Memanglah letih tapi ilmu ni kan perlu dituntut sebab ilmu tak datang bergolek'. Cuma bezanya Alissa dari 8 pagi direct ke 4 petang. 

Memang sangat kesian pada dia, lepas habis sesi sekolah 4 petang, dia sampai rumah around pukul 5 petang. Salin pakaian, mandi, tidur sekejap, bangun, makan. Around 7.30 mlm, I jemput anak-anak. Sampai je rumah, lepas maghrib i kerah Alissa buat kerja sekolah. I dengan hb bergilir-gilir duduk bersama dia. Yelah, anak-anak lain pun perlukan perhatian juga. I tak nafikan, kerja sekolah dia memang banyak. Alissa memang kena struggle, kena rajin tak boleh malas. Ibu papa Alissa ni bukan lahir dari keluarga yang bijak pandai, jadi kenalah RAJIN untuk menjadi bijak pandai. Dia sendiri pernah menangis untuk siapkan kerja sekolah. Kami pernah temankan Alissa sampai pukul 1 pagi. Mesti ada yang kata cikgu-cikgu sekolah dia kejamkan?... For me, 'tak kejam'. Cikgu mana yang nak lihat anak-anak murid dia menjadi bodoh kan?... i dan hb ada alasan kami yang tersendiri. (Nanti saya cerita pasal Sultan Mehmet Al-Fateh yer, sangat berkaitan).


captured by hubby yg berhempas pulas temankan anak dia siapkan homework sampai pukul 1 pagi

Dari sudut agama kami sangat lemah dan kami sendiri masih menuntut ilmu agama. Jadi biarlah kami beri lebih penekanan pada anak-anak. Memang ada niat nak masukkan dia sekolah kebangsaaan je tanpa sekolah agama, tapi dari segi masa untuk bagi pendidikan agama secara keseluruhan pada anak, agak terhad disitu. So dari dia banyak main bila tak bersekolah agama, biarlah dia belajar dari pagi hingga ke petang. Sekurang-kurangnya Alissa dapat menghafaz. Ok, ada juga kawan-kawan yang cakap kat i 'kita kat rumah pun boleh ajar dia menghafaz', yer...memamg betul tu. Lagi bagus kalau ibu bapa sendiri yang mendidik anak untuk menghafaz tapi i sendiri tak yakin dengan tajwid i, jadi bagaimana i nak berikan ilmu tu pada anak sedangkan i juga masih belajar?. dan InsyaAllah, kami sendiri akan duduk bersama, berbual, mendengar bacaan mereka. Bahagiakan?...

Ibu bapa zaman sekarang lebih menekankan anak pandai bercakap inggeris, tapi pernah tak terfikir untuk tekankan anak-anak pandai bercakap bahasa Al-Quran (Bahasa Arab)? Bercerita kisah-kisah nabi (sirah), ajar tauhid, fekah, menulis serta pandai membaca jawi. Kesimpulannya, terpulanglah pada parents, cara yang bagaimana untuk mendidik anak.  Kita mempunyai alasan yang tersendirikan. 

I sendiri tak mahu paksa anak untuk menjadi bijak pandai dalam semua akademik yang dipelajarinya tapi tuntutlah ilmu. Ilmu tu sangat penting. Ilmu boleh dibawa ke mana-mana je terutama ilmu akhirat. Cemerlang dalam pelajaran pun belum tentu menjamin masa depan yang cerah tapi ilmu boleh buat anak-anak cemerlang pada masa hadapan. Hah ok, faham tak maksud  i?...

Ok, i copy sikit cerita Zaman Pendidikan Sultan Mehmet Al-Fateh yer.

Sultan Mehmet Al-fateh adalah seorang PUTERA RAJA. Baginda dicampak oleh ayahandanya ke pondok pesantren untuk belajar dengan 2 orang sheikh yang kadangkala dengan sengaja memukul baginda tanpa sebab dan memberikan baginda makanan yang menjadi baki paling akhir selepas pelajar lain semua makan. Pakaian baginda adalah yang paling teruk berbanding orang lain. Setelah menjadi raja, beliau memanggil 2 orang sheikh itu untuk bertanya mengapa sheikh itu tidak berlaku adil kepada beliau. Lalu sheikh-sheikh itu menjawab..

“Kami dititah untuk melakukan kezaliman itu kepada Tuanku supaya apabila Tuanku menjadi raja, Tuanku tahu perasaan rakyat yang akan Tuanku zalimi”.

Dipendekkan cerita, sebuah ketamadunan besar mampu ditumbangkan oleh Al-Fateh dengan penawanan Constantinople selepas ratusan tahun percubaan oleh pelbagai kekuasaan lain. 

Kesimpulannya, adakah kita mahu anak sehebat itu tanpa perlu ada pengorbanan? Tanpa tekanan? Bila i terbaca zaman pendidikan Sultan Mehmet Al-Fateh ni, i terus terfikir, biarlah Alissa bersusah payah dizamannya sekarang, dengan izin Allah, kesenangan akan mengelilingi dia di kemudian hari. Dari situlah, i taknak fikir kekejaman guru-guru dia membebankan Alissa dengan memberi kerja sekolah yang banyak. 

Alissa pernah bagitau i yang dia pernah kena rotan dengan cikgu. i tanya Alissa, 'kenapa cikgu rotan kakak?' 'sebab kakak main-main masa cikgu mengajar'. I cakap dengan Alissa cikgu rotan bukan sebab tak sayangkan kakak, cikgu rotan sebab cikgu sayang dan nak kakak jadi budak bijak' dan sekarang bila saya tanya dia kenapa kenapa dan kenapa klu dia didenda dan dihukum, Alissa akan jawab sebab 'SAYANG'. Simplekan?...Jangan ajar anak membenci apabila dihukum, terangkan pada mereka.

I sendiri pernah dihukum rotan dengan cikgu sampai birat-birat,bengkak, dikepit jari, didenda 50 sen bila kertas ujian gagal dan 50 sen akan dikumpul dan dihadiahkan pada pelajar yang paling cemerlang dalam kelas. Jadi i tak kisah sekiranya anak i dihukum sekiranya dia benar-benar buat kesalahan dan selagi tidak melibatkan patah tulang temulang atau melibatkan nyawa.

Subhanallah, i dan hb sangat-sangat sayangkan anak-anak. Kadang-kadang diri kami ni memang lalai dan khilaf dalam memberikan yang terbaik pada anak-anak. I seorang ibu yang biasa dan kadang-kadang pernah merasa diri ni L.O.S.E.R. 

KEEP IT UP IBU, KEEP IT UP PAPA...
Do the best for your kids!...
InsyaALLAH...


No comments:

Post a Comment