Wednesday, March 5, 2014

Update

Assalam...
En. hubby kata 'ibu bila nak update blog?'
dalam hati i kata 'ooo...sudi juga nak baca blog aku eh'. hahaha
Berhempas pulas untuk 3-4 minggu ni. Anak-anak selang seminggu dijangkiti demam. Alhamdulillah, Allah masih ingat pada hamba-hambaNya yang terpilih. Sakit tu kan 'kifarah dosa'.

Minggu lepas Alissa yang setelah 2 tahun sihat sempurna akhirnya kalah juga pada tahun ni. Sekali dia kena demam, tempreture 40'c. Mungkin dia penat bersekolah dari 8 pagi - 4 petang. Malam sambung buat kerja sekolah lagi. Takpelah nak, bersusah payah dulu yer. Niatkan semuanya kerana Allah S.W.T.

Selang sehari Zulaikha pula. Innalillahiwainnalillahirojiun... 

Budak demam kena buli dengan papa

macam manalah fea tak berjangkit, dah ika asyik gomol, cium adiknya

 sahabat dunia akhirat. sihat atau demam, kuning jugalah yg paling setia

Sabtu malam ahad lepas, Sofea pula berjangkit demam panas. Isnin bersambung hubby pula. Saat-saat Allah uji dengan keadaan cuaca yang panas kering, jerebu, catuan air, hari ni  Allah tarik nikmat kesihatan. 

'papa doakan ibu sentiasa sihat sampai bila-bila supaya nanti ibu boleh jaga kami semua'...

selagi ada kudrat Allah bagi, ibu akan jaga kamu semua sampai akhir nyawa ibu...InsyaAllah.


40'c pun masih mampu hadiahkan ibu senyuman paling manis tu

layan tekak orang tak sihat. Aladdin beriani gam johor


Subhanallah, Alhamdulillah, Laillahaillallah, Allahuakbar...

Nak share juga. Ahad 2.3.2014 officially i bergelar 'MAK LONG'...adik ipar perempuan i nan seorang selamat melahirkan penyambung zuriat keturunan En. Rosli Buyong. Alhamdulillah...Adik lelaki i nan seorang namakan baby boy dia Muhammad Adib Farhim Bin Mohd Fazdli. Akhirnya atok dengan nenek dapat juga cucu lelaki kan. Merupakan cucu ke 4. Selama ni asyiklah menumpang anak-anak sedara hubby, anak-anak sedara sepupu i. Perasaan ni tak dapat digambarkan dengan perkataan. Tak puas nak tatap wajah baby boy i. 

Lepas ni dapatlah Mak Long shopping baju boy pulak. Mak Long dah letih asyik beli baju baby girl je...

 Muhammad Adib Farhim

Mak Long so excited to hug you darling Adib

putih melepak anak Mak Long ni tau










No comments:

Post a Comment