Monday, February 17, 2014

Let's Picnic

Assalam
Mulakan hari-hari dengan basmallah dan banyakkan beristighfar...
Alhamdulillah, hari-hari saya bertambah ceria walaupun ada terselit sikit kedukaan tapi bila kembali dengan mengingati Allah dan terus berserah kepadaNya selepas berusaha, hati saya kembali tenang. Bak kata Zulaikha 'Allah kan ada'...Chill!...

Teringat di pagi sabtu yang baru dilepaskan (jgn tiru ayat ini), si ika meraung menangis. Apahal lah kan, weekend lah masa ibu nak beristirehat tau. Bila ditanya rupanya si anak kelaparan nak makan nasi....aiyoooo, mlm bila ajak makan tak nak, bila pagi gitulah dia...L.A.P.A.R. Melompat si papa keluar beli sarapan untuk si anak. Ibu pun terpaksalah juga bangun (hakikatnya nak lewat buat sarapan, tambahan pula bila dah diberi cuti kan). Muncul hb dari beli sarapan 'ibu, anak-anak ajak mandi sungai'. ok, ni idea anak-anak ke idea pak nyerrr?...

Call my adik-adik, siap-siap kemas rumah, sidai kain, cuci pinggan mangkuk, packing baju, LET'S PICNIC 

Oleh kerana kami ni orang 'langek' so pilihan nk beriadah di sungai-sungai tu sangat banyak. Di Hulu Langat kami ada Sungai Tekala, Air Terjun Sungai Gabai, Hutan Lipur Sungai Chongkak, Lubuk Manggis, Nur Lembah Pangsun, Lopo. Pilihan di tangan anda.

Lokasi Dituju : Nur Lembah Pangsun, Lopo, Lubuk Manggis
Lokasi Pilihan: Lopo (tapi fully booked) 'nice view there'
Lokasi Picnic: Lubuk Manggis
Harga Pondok: RM 20.00 sehari

Untuk menyeberang ke pondok yang disewa, jambatan gantung disediakan yer...kids 1st time jumpa jambatan jenis gantung ni so mereka agak teruja dan agak penakut. haha

Adik-adik yang sangat setia dengan alongnya. Kalau bab hepi-hepi ni, mereka memang pilihan yang tepat.

Look at her face! nampak teruja tak?. Last bawa Lisa mandi sungai, sebelum ada Ika lagi. Agak lama kan. Ika pun belum pernah mandi sungai so memang pengalaman pertama dia dan kali ni, Ika lah orang pertama yang masukkan kaki ke dlm sungai. Actually, Ika ni penakut air orangnya. Even swimming pool pun dia akan menjerit. Dah besar ni baru ada keberanian dalam diri dia. Alissa suruh i berjanji bawa dia mandi sungai lagi. Ok, ibu promise akan bawa kakak lagi tapi tak tau bila yer...



 Kita enjoyyyy!!!

Enjoy the food

sleeping baby

 nice view yaaa?

little mermaid

ada je port yg selesa untuk dia berjemur

 nampak santai je dia kan?...

Kadang-kadang kita melihat indah dan cantiknya negara luar sampai kita terlupa ciptaan Allah tu semuanya indah walau di mana je kita berada. Hujan emas di negara orang hujan batu di negara sendiri. Next target, kami nk ber camping di PD. Our cousins pun ada kat sana, so bolehlah berbarbeque.

Done...


Cop cop cop...


Haaa...


Tadaaa...

 Kids New Hair 2014


Oleh kerana masa ibu dan papa banyak terbuang untuk menyikat rambut anak-anak sebelum bersiap ke sekolah, maka kami pun kasi potong kakak punya long hair. Arghhh...ibu memang sayangkan rambut mereka tapi ibu terpaksa. Si kecik tu pun tak ketinggalan, papa botakkan juga. Sofea ke Sofean?...Bila dah botak, baru lah chinese looks gitu...

 Sesi membotakkan rambut Sofea, sampai tertidur dia

Sebelum dan selepas


Jumpa lagi next entry yaaa...



No comments:

Post a Comment