Thursday, December 5, 2013

Demam & Dinasour

Assalam

DEMAM

Tiba musim hujan, tiba jugalah musim anak-anak tak sihat. Walaupun anak-anak i tak hantar ke nursery tapi nenek yg jaga, anak-anak tetap tak lepas dr ujian kesihatan. Paling merisaukan, bila Zulaikha yg demam. Suhu selalunya tak kurang dari 39'-40'. Dia jugalah yg paling susah nak makan ubat. Papa take over jaga dia 3 hari 3 malam sebab ibu terpaksa asingkan adik Sofea. Berperang nk bagi Ika makan ubat. Macam-macam cara umpan supaya dia telan ubat. Kadang-kadang berjaya dan kadang-kadang tak. Kalau lepas minum syrup pcm (paracetamol), 2nd time terpaksa msk pcm supp 250mg. Itupun Zulaikha tak suka syrup tp dia nak oren flavour (Nurofen). 

Penjagaan anak-anak ketika demam: 

Kalau suhu anak-anak lebih dari 38', i akan mandikan & biarkan air kat badan dan rambut kering dgn sndirinya. i akan balut dgn tuala basah je ataupun pakaikan sluar pendek tanpa baju. Bagi yang baby, pakaikan pampers je. Anak-anak kecik lagikan so tak yah segan-segan ahhh...

i akan basahkan towel & balut kepala anak-anak. Seelok-eloknya balutkan 1 badan dgn tuala basah pun bagus. Biar cepat skit kebahnya. i jarang nk pakaikan anak-anak cool fever ni. Bukan apa, untuk anak-anak i ni, mcm kurang berkesan skit. Lepas tu standby spray bottle, asal kering je tuala kat kepala or badan tu, spray je bagi basah balik. Uiii, slalunya kami memang tak lena tidur jaga anak-anak demam. Harus pantau ok. Biar kita tengok anak-anak menangis sbb paksa mereka untuk sihat, jangan kita yg menangis menyesal. Berkorban sikit apa salahnya kan...Elak dr selimutkan or pakaikan anak-anak stokin yer. sebabnya suhu bdn akan bertambah & haba tak keluar.  

Pantau suhu anak setiap 4-6jam skali untuk bagi ubat. Kalau suhu dah kebah tak perlulah bagi ubat lagi. Sekiranya demam berlarutan lebih dari 3 hari, kami akan bawa ke klinik or hospital untuk dapatkan nasihat doktor. Selalunya lebih dari 3 hari, darah akan diambil & antibiotik akan diberi.

Sihat Zulaikha, Sofea sambung demam, batuk & selsema. Seminggu juga ibu tak lena tidur malam dan 2 hari terakhir berulang ke OPD untuk ambil nebulizer (mencairkan kahak katanya). Ni memang demam beralih bulan. Anak tak sihat selalu ragamnya akan lebih berbanding masa sihatnya. Agak mencabar bila baby yg baru berusia 6 bulan untuk bagi syrup pcm. So kita mmg kena guna cara psikologi. 

Caranya:

Sedut ubat guna syringe, then dukung baby bawa bersiar-siar (sekiranya cuaca elok yer). Sambil tu mainkan syringe kat bibir supaya baby suck  & kita tolak ubat tu sikit demi sikit ke dalam mulut baby. Lagipun syrup pcm kan manis. Budak-budak selalunya sukakan manis. hmmm...cubalah, pasti berjaya. InsyaAllah...
(ini yg diajar oleh biras i sendiri...haha)

untuk anak-anak yg selsema

untuk batuk dan selsema

 papa dgn ibu bergilir-gilir pegang Sofea. Kuat melonjak anak sorang ni.

Zulaikha pun dipaksa, seminggu masih batuk-batuk lagi

Jangan tertipu yer, anak ni sihat walafiat dan dia sendiri offer diri untuk mencuba.



DINASOUR

Alhamdulillah anak-anak sihat selepas seminggu berhempas pulas bersama papa dan hujung minggunya kami balik berkumpul di Kuala Selangor. Lama juga tak berkumpul whole family, last jumpa hari raya pertama tahun ni. Meriah rumah wan zan & atok yem. Bercerita, berbual, gelak-gelak, menyakat dan kebiasaannya anak-anak akan bergumpal. Ahadnya kami ke Muzium Selangor di Shah Alam attend majlis perkahwinan sepupu hubby. Alhamdulillah dipertemukan jodoh untuk kali kedua. (maaf, gambar tidak sempat diambil, anak ramaikan. haha)

 ehsan dari handphone papa yg suka sangat melayan gwiyomi ika. Auntie Wani jd conductor bawah stage. 

Selesai majlis kami semua tertumpu ke Gegaran Dinasour bersebelahan dewan majlis. Bagi yg dewasa bayaran masuk RM 25 dan bagi kanak-kanak RM 5. Kanak-kanak bawah 4 tahun FOC (Free Of Charge).

Tok Yem dan Wan Zan

dari kiri: Hubby, me, Kak Da (2nd sis in law), Epa (youngest in law), Abg Fuad (biras sulong)

haaa...ni Auntie Wani yang sangat noti, hepi go lucky & sangat manja (future biras)

Oyon (eldest sis in law) & auni. kesian auni demam. geng Ika tu

Abg Danial & Abg Adib (Alisa's cousins)

Afrina 

Ika ketakutan









 Replika Dinasour

Berbaju kurung kami, agak pelik disitu yer. haha





Dapat juga anak-anak tengok dinasour cuti sekolah ni. Ibu dengan papa dah planning macam-macam tapi Allah juga yang menentukan. Keadaan cuaca yang tak berapa nak baik, so banyak aktiviti yang ditunda. Plan ke Gambang juga terpaksa dibatalkan. Kita belajar bersyukur dengan apa yang ada yer nak...InsyaAllah ada rezki, untuk membahagiakan anak-anak akan ibu & papa usahakan.

*psssttt psssttt

Bibir merah gitu, minta sikit lipstick Auntie Wani yer...

No comments:

Post a Comment