Tuesday, November 26, 2013

Zulaikha turns 4, Sofea turns 6mo

Assalam

Happy 4th Birthday Zulaikha!
Happy 1st Solid Food Sofea!

Zulaikha

Alhamdulillah, lama ibu tunggu ika bertukar 4 tahun, jauh sgt tarikh hujung tahun. Kesian dia masih lg batuk. Baru baik demam panas & selsema. Orang tua-tua kata 'demam beralih bulan'. Budak ni request macam-macam sempena birthday dia hari ni. 

Zulaikha's wishlist:
1. Nak lipstick kaler merah (mcm Auntie Wani)
2. Nak kek Strawberry Shortcake (siap request nak kawan ibu yg buatkan)
3. Nak sandle gambar butterfly

Tu antara wishlist yg belum dia dapat lg. Lipstick tu ibu bolehlah tunaikan tp bukanlah kaler merah yer nak. Rosak bibir anak ibu nanti. Kek Strawberry Shortcake pun dh terlewat sgt ni kalau ibu nk order kt Auntie Iju. Papa suruh ibu belikan Strawberry Chocolate Cake je untuk Ika. Sandle gambar butterfly, ibu belikan kemudian yer sayang sbbnya dh terlalu banyak permintaan Ika yg papa tunaikan. Ika dh dpt Android, Ika dh dapat playdoh, Ika dh dpt pencil case & beg sekolah Strawberry Shortcake lagi. Botol Strawberry Shortcake pun papa dh belikan juga. Banyak tu, ibu dulu nak dapat 1 pun susah...Memang anak papa kan...kan...kan...


*selingan
nak promote facebook kwn i yg selalu buatkan birthday cake unt anak-anak i. Apa yg pasti keknya sgt lazat sehingga menjilat jari. nyum nyum...

Sila-sila lah melawat yer...
Haaa... ni antara kek-kek yang disediakan Oleander Touch!

Sofea


Kesian Sofea, sebaik sihat kakak Ika Sofea pula' sambung demam. Tak pe nak, demam tu boleh bina antibodi Sofea yang masih belum matang. (eh, betul ke? nanti kita story bab kesihatan di next entry ok). Demam beralih bulan juga ni.


Sofea's 1st solid food. 
Papa belikan nestum beras merah untuk percubaan pertama. Penerimaan yg agak memuaskan. Walaupun tak sihat, nestum tetap dia boleh telan sampai burrpp...burrpp. Next solid food ibu tetap keras hati untuk masakkan bubur nasi Fea. Ibu akan puashati makanan yang masuk dalam perut anak ibu hasil dari airtangan ibu sendiri. Cepat sihat yer sayang...

Untuk anak-anak ibu yang beralih bulan hari ni & termasuk kakak Lisa, ibu sayang kamu semua. Masa berlalu begitu pantas. Semoga Allah beri ibu kesihatan yang baik untuk membesarkan, memelihara dan melindungi kamu bertiga. InsyaAllah...
upsss...untuk jaga papa juga. Aminnn...

No comments:

Post a Comment