Thursday, January 16, 2014

Welcome 2014, Daddaaaaa 2013!!!

Assalam
Fuhhh fuhhh fuhhh...
Berhabuk blog haku...
Al-maklumlah, sepanjang disember 2013 i tersangatlah bz, every day, every weekend. Ibu beranak 3 lah katakan... bleh ke nak bagi alasan gitu?...
Nak ber entry hujung tahun tp tak juga sempat berbloging so mid of january juga i dpt update.
Welcome 2014!!! (hehe...agak terlewat jg ni)
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Ya Allah, permudahkanlah urusan duniaku ditahun ini & ditahun-tahun akan datang, mudahkan jua urusan akhiratku, dekatkanlah hati-hati kami untuk sentiasa taat akan perintahMu, lindungilah keluarga kecilku, peliharalah dan berkatilah keluargaku ini yang sentiasa dibawah rahmatMu. Makbulkan doa-doa hambaMu yg lemah lagi hina ini. Hanya padaMu aku menyembah dan hanya padaMu jua tempat aku memohon pertolongan. Aminnn....

Semoga segala doa-doakan kita akan makbulkan Allah yer.

Rasanya masih belum terlambat nk update kenangan-kenangan yg kembali indah sepanjang disember kan...

Asal hujung minggu i kembali bz dengan program-program yg tak dirancang. 
*Teman hubby ke Shah Alam, Pameran Motor katanya.
*Bawa anak-anak shopping ke Mid Valley,
*Balik Kuala Selangor menziarah orang tua disana, bawa mereka shopping ke IKEA,
*Kami ke Selatan, bawa anak-anak ke LEGOLAND.
*Dan minggu terakhir di bulan disember, akhirnya keinginan untuk ride bersama hubby tercapai...
Alhamdulillah, ku sentiasa bersyukur diatas kurniaan istimewa dariMu yang tidak pernah terlewat untuk merasai semuanya.
  
Shah Alam
Breakfast dulu di Burger King. Semestinya kakak Lisa memanglah haknya tak boleh disentuh. Papa makan aiskrim dia sikit pun, dia leh bising.

Amoi aaa, itu helmet kasi kamera belakang ada ka?

 Kasi ini apek cuba dulu ya, kalau tara best pakai ini apek tara jadi beli ooo



Adakah si kecil ini akan mengikuti jejak papa mereka? Lady Biker?

ulat-ulat buku? menjadi anak-anak yg pintar di dunia dan akhirat? mereka sangat suka buku dan kebetulan di Space U 8 Mall tu ada pesta buku back to school, mcm tempat tu mereka yang punya.

Mid Valley Mega Mall




Jalan-jalan cuci mata, ada yang berkenan sila sambar yer. Selama ibu berpantang, anak-anak pun berpantang keluar dr rumah. Kesian mereka dan bila ibu sudah sedia untuk lihat dunia luar, mereka yang paling happy. Setiap minggu adalah masa kami bersama. Kalau bukan di rumah maka di luar rumah. 6 bulan tu agak lama untuk mereka terperap dlm rumah tanpa playground tanpa menjelajah mall. Bukan takde masuk mall langsung, ada tapi sekadar makan dan balik. Hahaha... 

Kuala Selangor

Karipap Gergasi... Pernah dengar?
Selalunya kalau balik Kuala Selangor, i pandang je stall ni. Pernah sekali hubby beli tapi i tak pernah sentuh pun. Rasa pun tak pernah tau. So kali ni i minta hubby stop juga, i nak rasa.... nyum nyum nyum... hmmm sedaplah juga...citarasa sangatlah berbeza kan. bagi i sodap layi karipap omak den buat...(masakan ibu memang tiada tandingan kan?)
Ok, stall ni terletak berhampiran dengan simpang 3 traffic light di Assam Jawa, Kuala Selangor. Bagi sesiapa yang selalu menggunakan jalan kampung untuk balik ke Perak (Hutan Melintang, Lumut, Tanjung Malim etc), anda akan jumpa stall ni. Jangan lupa juga untuk singgah di  Cendol Bakar yer. (Maaf, den tak sompek captured gambo eh)

Balik Kampung ooo ooo balik kampung hati riang...
Macamlah jauh sgt kampung tu kan.
Hmmm...banyak lagi ceri-cera (kamus mana punya bahasa?) hujung tahun 2013. Masih lg tersimpan as a draft so saya akan sambung yer...
Awal tahun tersangatlah bz tp nk juga share my life yg sgt simple ni. Takde yg special but a thought for kids

Daaa...jumpa next entry ya

No comments:

Post a Comment