Friday, May 2, 2014

Happy Labour Day

Assalamualaikum...

Hiyakkkk...haiyakkk...grrr... what a peace holiday! (ala sehari je pun, esok ko keje lah balik)

Bangun...bangun...bangun...
Laundry, sental bilik air, bagi kilat sinki, kemas-kemas dapur bagi bercahaya, kejutkan kids with their papa. Hari ni ibu pun nak berehat, kata cuti hari buruh kan... so kita semua breakfast kat luar yer. Haha

Think...think...think...
Isi minyak kereta tapi tak tau arah tempat untuk dituju. Breakfast kat mana? Kang minta 'Yik Mun, Tg. Malim' bulat lak biji mata en. hub (lain-lain), kalau ajak makan makanan exotic, takut lak tak tertelan. Ishhh, banyak wishlist tempat makan yang en. hub tak tunaikan lagi ni. Kononnya breakfast lah kan, travel pun sampai masuk waktu lunch. Target 'Ayam Kampung, Velodrome Cheras', dah sampai ikut pintu belakang alih-alih jalan kena block, patah balik konon nak ikut pintu depan... hmmm punyalah ke KL dah lama tak ikut jalan Cheras, semua jalan dah berubah. Fening mak tengok jalan, terus ke arah Pudu Ulu dan akhirnya decide lunch kat Ampang je lah. Our favourite place to eat. (One day, i ambil gambar that place bersekali dengan lauk-pauk yer). Beraneka jenis lauk dan selalunya kami makan berempat  tak pernah lebih dari RM30 dan that day our total price is RM 26.40. Thanx Allah.

Cuti-cuti macam ni, kami akan bawa kids ke taman. Tapi pelik teramat pelik, anak-anak ni tak nak ke playground tapi nak tengok RIO 2. Itu lah... berjanji lagi. Ok, kita makan dulu baru beli tiket movie. 

After lunch, konon nya lah RIO 2...
tengok mesej 'jom bawa anak-anak mandi sungai'...
'Kakak, Pak Yong ajak mandi sungai, nak tak?'
'Nakkkk'...
Ok, cancel RIO 2 so next time kita layan kat astro je lah. Senang sangat korang dibawa berbincang hari ni yer. Setuju aje, kan elok kalau hari-hari macam ni. No objection!

............................................................................................................

PICNIC WITH MY FIRST SIS IN LAW

Lokasi: Sungai Lopo, Hulu Langat
Harga Chalet: RM30 per day

Actually, kami pun 1st time picnic kat sungai ni. Lagipun tempat ni kawasan yang baru dipromosikan. Sg. Chongkak, Sungai Gabai, dan Lubok Manggis yang sememangnya dari zaman kelahiran saya tempat berkelah tu dah pun terkenal di Hulu Langat ni. Biasalah, orang-orang kata dah tempat tu tempat kita sendiri so agak tak berapa nak heran pun. Betul lah tu tapi sekali-sekala sampai, enjoy wooooo...

Pemandangan dari luar chalet.

My dear hubby yang melayan milo tariknya, Sofea yang sentiasa di pangkuan. My Little cute Zulaikha with her little gorgeous cousin, Sara. Yang lain semua dalam sungai tengah berendam. Walaupun dalam keadaan hujan dan sejuk sekalipun mereka tetap tak nak naik. 

Kawasan ni kebanyakan adalah khas untuk kem-kem motivasi. So bagi keluarga yang ingin datang berkelah di sini pastikan anda booking chalet terlebih awal yer sbbnya chalet adalah terhad.

 view dalam chalet (image google)

view sungai (image google)

Bak kata en. hub, kita tengok pemandangan ciptaan Allah ni, kita dapat pahala. 
Good for me, because aktiviti lagho i dulu yang suka sgt masuk mall untuk shopping...shopping and shopping dah pun dapat dikurangkan. Alhamdulillah...
Yang penting niat, tekad dan ada aura kekuatan dari somebody yg boleh buat kita lebih bersyukur. Tak gitu?...

Kalau dah lama sangat berendam dan segala kulit pun akan mengecut, tambahan dalam keadaan cuaca yang hujan, moh ler kita gerak balik. Around 5pm keluar dari hutan piutan yang mendamaikan, sis in law singgah rumah kami yang sangat cute tu, bersihkan badan, solat. Minuman petang dengan teh o panas bersama dengan cucur bawang+kentang buatan air tangan dan digoreng oleh en. hub, menghangatkan lagi perbualan kami adik beradik di petang hari. 


Till we meet again sis. Jumpa u all on 10th Mei di Glory Beach Resort, Port Dickson yaaa...

Pfttt...Memang happy labour holiday kan...
Rushing kemas meja untuk memulakan masakan untuk dinner. Simple menu request by him...'sejuk sejuk ni makan sup ayam pun ok bu'
Alahhh, kacang goreng sangat... Tadaaa... Siap!



Sambil masak sambil menjeling mereka berempat yang dah pun lena tak sedar diri. Alissa yang bergulung dpn tv, Zulaikha yang berpeluk dengan papanya atas sofa dan Sofea yang terlentang keseorangan atas katil. Letih sangat u all kan. Me?, letih juga tapi tersangat puashati. Ini lah yang i mahukan dalam hidup. Rumah yang kecil tp isinya kebahagiaan.

No comments:

Post a Comment