Wednesday, May 7, 2014

Ceritera

Assalamualaikum...

Ini bukan cerita hari ini tapi cerita hari-hari yang lepas. Hujung minggu yang dihabiskan bersama family. Home is our heaven now!... bak kata Pn. F, 'keluarga kita, kitalah nakhodanya', InsyaAllah.

Bila dah masuk hujung minggu, biasalah selain mengemas mengemas dan mengemas rumah, selebihnya masa saya habis di dapur, ruangtamu dan bilik tidur. Our house is too small but lot of love. Pusing-pusing situ juga yang terserempak.

Nak dijadikan cerita, atok Rosli memanglah tak boleh kalau sehari tak jumpa cucu-cucunya. Ada je alasan asal dapat jumpa cucu dan kali ni alasan ayah 'nak bawa budak-budak pergi kenduri'. Tak perlu tanya memang budak-budak nak ikut sebab dapatlah cukai atok diorang kan?...


Dapat je kebenaran dari papa, maka tinggallah kami bertiga di rumah. Bila tekak terasa ingin menambah makanan didalam perut, keletihan mengemas di pagi hari, KFC tempat dituju sebelum pick up my spek mata yang telah dicalarkan oleh si dia. Haruslah si dia mengambil hati ini kan. Kalau tak nanti merajuk lagi bila ditinggalkan. Anak-anak dengan atoknya, si papa pula dah tak sabar nak ke stadium. Bola sepak antara Selangor vs Terengganu. Dah tentunya fifth of us is S.E.L.A.N.G.O.R.i.a.n

Kesan geselan atas dinding batu rumah mertua. Bergurau tak ingat dunia, akhirnya $ melayang juga.


dan tinggallah kami berdua pula dirumah...what to do...
ibu enjoy main toys berdua dengan Sofea. That's my girl, my 'kerang busuk' sebab suka sengih plus murah sangat senyuman tu.


Oh, dia memang peminat yang agak tegar dan kawan-kawan beliau juga sangat-sangat tegar.  Isteri-isteri dan anak-anak bakal ditinggalkan tapi mereka tetap berjanji suatu masa nanti, kami semua akan diangkut sekali. so, will see yah...


Gambar yang telah di whatsapp kepada saya. Wahhh, mereka sangat meriah bila berjumpa kan. Bff from mom's tummy. Bila ditanya 'papa, mana menang' and he says 'maluuuu'...'0-0'...'kalau tak Selangor duk atas carta liga super'.
Apa dah jadi dgn Selangor my dear? zaman dahulu kala, boleh dikatakan team lain agak gentar nak bertemu dengan team Selangor. Selangor tidak lagi se GAH dulu. Siapa boleh jawab? let me know ya.

............................................................................................................

Last Isnin, saya terima mesej 'hari ni papa masak untuk orang berpuasa yer'. wahhh...tak susah lagi kepala ni nak fikir berbuka apa, dah ada yang sudi sediakan. Pahala tau sediakan juadah untuk orang berbuka puasa. Walaupun juadah tu amatlah simple tapi air tangan suami sangatlah menyelerakan dan perut kenyang yang teramat kenyang. Yer, saya sangat menghargainya. Just let him know yang kita puji dia. Actually, 'cucu tukang masak katanya'. Hahaha...

Thanx to u dear kerana sudi ambil cuti untuk jaga Ika demam semalam. Ibu tau yang papa kena simpan cuti sebab nak further study on September dan cuti pun akan ditolak 15 hari. Moga ada ganjaran pahala sebab menggembirakan hati anak-anak perempuan papa.


Puaslah hati si kecik ni. Puas dibelai, puas dimanjakan seharian, siap bawa naik motor lagi tu. Ibu memang kuat jelous. Haha

Thanx from deep inside my heart! 
Lot of L.O.V.E
Ibu 




No comments:

Post a Comment