Friday, April 18, 2014

Salam April

Assalam,
Jumaat datang lagi. Lama i x update, sgt-sgt busy. Apa boleh buat, usaha habis dah akhirnya April juga yg sempat. Hehe

Jumaat, Penghulu segala hari. Hari dimana adanya satu (1) waktu, doa-doa kalian yang akan dimakbulkan Allah. Carilah ia, InsyaAllah...


Entah kenapa, pagi ni hati mudah sangatlah tersentuhnya. Jiwa sensitif orang kata. Pagi-pagi dah tersentuh hati tengok video saudara seislam kita di Syria. Maha Suci Allah, jalan short cut untuk mereka bertemu Allah. Mereka adalah orang-orang yang dipilih Allah. Meruntun betul jiwa ni, betul-betul menyentuh perasaan, teresak-esak, berjurai-jurai airmata, berombak dada i pagi ni. Selama ni paling takut nak tengok tapi pagi ni Allah bagi juga kekuatan tu walaupun video kematian mereka tidaklah ngeri berbanding dengan video-video lain. (Maaf, tak boleh pulak upload kat sini haaaa)

Roh yang ditarik oleh Malaikat Maut sangat cantik bagi hambaNya yang terpilih sedangkan i belum tahu bagaimana cara kematian i. Mudah-mudahan Allah pelihara keluarga kita. InsyaAllah...
 

Untuk Suami Tercinta,

Ya Allah, Ya Tuhanku,
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati,
isteri yang dikasihi,
isteri yang solehah,
isteri yang sentiasa dihati suamiku,
Aamiinnn, Ya Rabbal 'Alamiin...


Untuk Bidadari-Bidadari Syurga Ibu,

Ya Allah, 
Lapangkanlah dada anak-anakku supaya dapat menerima ilmuMu,
Jadikanlah mereka anak-anak yang solehah,
anak-anak yang bijaksana didunia dan diakhirat,
pelihara dan lindungi mereka walau dimana mereka berada,
berkati dan redhailah kehidupan mereka. 
Amiinnn, Ya Rabbal 'Alamiinn...


Wahai Tuhan Kami, 
Kurniakanlah kepada kami daripada pasangan-pasangan hidup kami,
dan zuriat-zuriat kami apa saja yang menyejukkan mata kami,
dan jadikanlah kami sebagai ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa.

1 comment: