Friday, March 21, 2014

Getting Better

Assalam...
Don't Stop Pray MH370.
Beristighfar lah sekerap mungkin.
Alhamdulillah, atas limpahan hujan (rezki) yang Engkau turunkan kepada kami.


Hari berganti hari, yang sedih bertukar gembira, yang sakit beransur sihat. 
Alhamdulillah kesihatan kami sekeluarga juga beransur pulih.


Semalam i emergency leave, seminggu lebih batuk, tekak perit, tekanan darah tinggi tak menentu. My body need a rest. Woke up early morning, kejutkan encik suami, kejutkan kids, siap-siap follow encik suami hantar kids ke sekolah, hantar Sofea rumah nenek, balik rumah semula dan krohhhhh... krohhhhh...krohhhh...
hahaha...heaven nya dapat sambung tidur. Serius dah lama tak rasa nikmat bersendirian tanpa diganggu semenjak beranak pinak ni kan. 

Ditakdirkan i punya rezki yang berlebihan, ingin diri ini berhenti kerja dan lebih rela jadi housewife sepenuh masa. Seronok walaupun hakikatnya i adalah 24/7 mom. I dapat variety kan menu sarapan pagi untuk mereka. I dapat hantar dan jemput kids dari sekolah. i dapat masakkan lunch, minum petang, dinner everyday untuk yang tersayang. Semua wanita yang bekerjaya mengimpikannya kan? am i rite?

Terngiang-ngiang bila si anak bertanya 'ibu cuti ke hari ni?' 'kenapa ibu tak jemput ika kat sekolah?'. oh my dear beautiful honey, ibu sorry sebab ibu perlukan rehat. ibu promise bila ibu cuti, ibu yang akan hantar dan jemput anak-anak ibu kat sekolah. Kesian kan, memang itulah harapan anak-anak. Apa yang mereka nak hanya ibu atau papa yang jemput dan hantar. Wajah mereka akan paling ceria kalau nampak muka kita ni ha bila keluar dari pintu sekolah. Oh Allah, tunaikanlah impian anak-anak ini. Aamiiinnn...

 my 3 beautiful daughters. ibu luv u !

yeahhh...apa yang i tau, memang i nak encik suami balik awal hari ni. Dia janji akan keluar seawal 4.30 ptg and he has fulfilled his promise. Thank you mr. hub.

so now your turn tgk anak-anak yer, ibu kena berperang kat dapur. anddddd sangatlah menggelikan hati, tgh plung plang plung plang menumis, urghhhhh...gas habis pulakkkkkk!!!...okey, rumah mak i dekat. 
Makkkkkkkk, nak tumpang masak boleh? ok, mak gelak 'bertahun baru gas ko habis long'... okey, tu memang kelakar. ahaksss...
at the end of the day...
taraaaa... siap!

  kacang buncis goreng

sila abaikan apa yang kurang dalam ini gambar. i terlupa masukkan cili potong. tu lah, kalut gas habis kan.

 sambal sotong

dah lama mengidam semenjak tekak i tak sihat ni and finally. yummmehhhh!

ok, satu gambar i tak sempat nak capture.
Encik suami masak sotong goreng tepung hanya menggunakan microwave (sbb gas habis kan). i tak sempat nak rasa, dah lari umah mak. Kids kata 'hmmmm...best papa masak bu'. hahaha, best lah sangat nak oi. papa mu itu masak sampai terlupa nak gaul dengan air then terus masak jer...muahahaha... kata master chef!...

yesterday is our quality time together.
kan best kalau hari-hari macam ni. 
Alhamdulillah...

No comments:

Post a Comment