Tuesday, July 1, 2014

Hajar's Wedding

Assalamualaikum
Warghhhhh...hutang ada lagi tapi i bayar entry ni dulu yer...

Kejadian ni pada 7 Jun 2014 yang lepas. Kami berangkat ke Selatan as usual (Pagoh/Muar). Memenuhi undangan majlis perkahwinan Siti Hajar Aladin, kawan kepada hb. Alhamdulillah, akhirnya kawin juga Hajar. Rahsia Allah tiada siapa yang tahu. Actually sebelum ni, i hanya mendengar cerita-cerita beliau dari hb dan i ikuti blog Hajar. Sehinggalah nama beliau agak terkenal selepas surat beliau kepada Perdana Menteri kita on September 2013 yang lepas. Mula-mula i tak percaya yang tu adalah Hajar hingga i tanya sendiri pada hb. Oh i'm rite, that's Hajar.


For me Hajar sangat berani dalam mengeluarkan pendapat beliau. Tiada yang salah dari rentetan surat beliau dan dia melihat dari persepsi masyarakat kita hari ini.
Okeylah, taknak cerita panjang-panjang. 


Hajar & Azzam 
Sama cantik sama padan. Semoga Allah memanjangkan jodoh kalian hingga ke Jannah Nya...InsyaAllah...


 who knows...
 i ikut blog Hajar, i dengar cerita beliau dr hb and for the first time i met her, she's so beautiful.


" Barakallah laka, wa barakallahu alaika wa jamaa bainakuma fi kulli khair"
"Semoga Allah memberi barakah bagi kamu dan memberkati keluarga kamu, dan mengumpulkan kamu dalam kebaikan dan kepada kebaikan"



Selepas majlis kami ke Muar untuk mendapatkan Mee Bandung yang sentiasa menjadi idaman tekak. Sebelum tu, kami berehat dulu.



 Berehat di Waterfront Muar ni. Kali ke 3 i datang Muar, baru perasan wujudnya tempat ni.



Apalah yang dibisikkan dua beradik tu?...


Ini budak sangat lasak sepanjang perjalanan pergi-balik. Satu badan ibu lenguh-lenguh pegang dia


We all so exhausted!


 Fuad Bandung Corner (Mee Bandung Central) ni di Tg. Agas, Muar. Berhampiran dengan Sekolah Menengah Sains Muar


Last Disember 2013, masa i ride dengan hb datang ke sini, rasa otak otak ni tak lah sesedap hari yg kami datang lagi ke sini. Thumbs up!


Apa yang special Mee Bandung Fuad Corner ni, sesiapa yang mahu beli pes nya, pes nya dibuat/dimasak terus kat sini. (Perhatikan juga kot ada jual yang frozen tapi hampa, so memang tak boleh buat stock lah yer)


Seronok betul budak berdua tu, first time dapat pegang lady bug. Ibu captured for you girls


Muka puashati dan kekenyangan. Haha (captured by Alissa)



Jumpa next entry ok



Wassalam