Tuesday, April 29, 2014

Pesan Ibu Tentang Ayah



Assalam,

Anakku,
Memang ayah tak mengandungkanmu...
tapi,
Darahnya mengalir didarahmu. Darinya kau diwarisi namanya, kedermawanan dan kerendahan hati.

Memang ayah tak melahirkanmu...
tapi,
Suaranyalah yang pertama mengantarkanmu pada Allah ketika kau kau lahir.


Memang ayah tak menyusuimu...
tapi,
Dari keringatnyalah setiap suapan yang menjadi air susu untukmu.


Ayah memang tak menjagaimu setiap saat...
tapi,
Tahukah kau dalam doanya tak pernah terlupa namamu disebutnya.


Tangisan ayah mungkin tak pernah kau dengar...
kerana,
Dia ingin terlihat kuat agar kau tak ragu untuk berlindung dilengannya dan dadanya ketika merasa tak aman.


Pelukan ayahmu mungkin tak sehangat dan seerat ibu...
kerana,
Cintaannya dia takut tak sanggup melepaskanmu.


Anakku,
Ayahmu ingin kau kuatkan semangat 
agar ketika kami tiada kau sanggup menghadapi semua sendiri.


Ibu hanya ingin kau tahu...
Bahawa,
Cinta ayah kepadamu sama besarnya seperti cinta ibu.


Anakku,
Dari dirinya juga terdapat syurga bagimu,
Maka,
Hormati dan sayangi ayahmu.
kerana,
Ibu adalah tulang rusuknya.

Jauh dilubuk hatinya dia hanya ingin mampu membanggakanmu di pandangan Allah,
menjadi penolong di Padang Mahsyar serta menjadi hijab dari api neraka.




-copy & paste


Tuesday, April 22, 2014

Let's D.I.Y

Assalam
Rain rain go away, come again another day
haaa gituuu...


It's raining outside.
Guruh, kilat, lebat, takut i nak redah balik. Agak-agak sampai rumah lewat lagi hari ni. pfttt...

'Allahumma shoiyyiban naafi'an'
Ya Allah, jadikanlah hujan ini hujan yang membawa manfaat

Sementara nak tunggu hujan teduh, reda ni jom do something yg agak tak membawa manfaat apa pun (kottt) tp dari i biarkan ianya terbiar sepi tanpa disentuh dan rasa sayang untuk dibuang so i olah ianya menjadi lebih cantik dan boleh digunakan. 

Bahan-bahannya,


Bekas coklat Alfredo. I beli kat Alamanda masa melayan tangisan si Zulaikha. End up ibu juga yang habiskan. Rasa sayang nak buang sebab ada cap jari 'lo kong', cap jari lisa, cap jari ika, cap jari sofea pun ada. Boleh gitu?... hahaha



Ni semua bahan-bahan terbuang yang i jumpa dalam stor (except that glue lah). Dari mereka-mereka yg kejam dok simpan 'rete' ni dan nak dibuang, baik i guna pakai, ada juga 'pekdah'nya.


Tadaaa...
Elsa meet Anna...
What a simple D.I.Y kan... 
Bahan-bahan tak mencukupi. Kalau kat rumah ni, touch up habis dah.
I terfikir nak jadikan ianya tabung. Lebihan 'coin' hasil dari beli breakfast, lunch, hi-tea, shopping kat Alamanda boleh simpan. Kot kalau terdesak ada juga hasilnya. Mana tau ada pula orang nak minta sumbangan, jariah i dah tersedia. InsyaAllah

Ok, times up!
lo kong dah suruh balik...

jom balik!!!

Friday, April 18, 2014

Salam April

Assalam,
Jumaat datang lagi. Lama i x update, sgt-sgt busy. Apa boleh buat, usaha habis dah akhirnya April juga yg sempat. Hehe

Jumaat, Penghulu segala hari. Hari dimana adanya satu (1) waktu, doa-doa kalian yang akan dimakbulkan Allah. Carilah ia, InsyaAllah...


Entah kenapa, pagi ni hati mudah sangatlah tersentuhnya. Jiwa sensitif orang kata. Pagi-pagi dah tersentuh hati tengok video saudara seislam kita di Syria. Maha Suci Allah, jalan short cut untuk mereka bertemu Allah. Mereka adalah orang-orang yang dipilih Allah. Meruntun betul jiwa ni, betul-betul menyentuh perasaan, teresak-esak, berjurai-jurai airmata, berombak dada i pagi ni. Selama ni paling takut nak tengok tapi pagi ni Allah bagi juga kekuatan tu walaupun video kematian mereka tidaklah ngeri berbanding dengan video-video lain. (Maaf, tak boleh pulak upload kat sini haaaa)

Roh yang ditarik oleh Malaikat Maut sangat cantik bagi hambaNya yang terpilih sedangkan i belum tahu bagaimana cara kematian i. Mudah-mudahan Allah pelihara keluarga kita. InsyaAllah...
 

Untuk Suami Tercinta,

Ya Allah, Ya Tuhanku,
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati,
isteri yang dikasihi,
isteri yang solehah,
isteri yang sentiasa dihati suamiku,
Aamiinnn, Ya Rabbal 'Alamiin...


Untuk Bidadari-Bidadari Syurga Ibu,

Ya Allah, 
Lapangkanlah dada anak-anakku supaya dapat menerima ilmuMu,
Jadikanlah mereka anak-anak yang solehah,
anak-anak yang bijaksana didunia dan diakhirat,
pelihara dan lindungi mereka walau dimana mereka berada,
berkati dan redhailah kehidupan mereka. 
Amiinnn, Ya Rabbal 'Alamiinn...


Wahai Tuhan Kami, 
Kurniakanlah kepada kami daripada pasangan-pasangan hidup kami,
dan zuriat-zuriat kami apa saja yang menyejukkan mata kami,
dan jadikanlah kami sebagai ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa.