Friday, March 21, 2014

Getting Better

Assalam...
Don't Stop Pray MH370.
Beristighfar lah sekerap mungkin.
Alhamdulillah, atas limpahan hujan (rezki) yang Engkau turunkan kepada kami.


Hari berganti hari, yang sedih bertukar gembira, yang sakit beransur sihat. 
Alhamdulillah kesihatan kami sekeluarga juga beransur pulih.


Semalam i emergency leave, seminggu lebih batuk, tekak perit, tekanan darah tinggi tak menentu. My body need a rest. Woke up early morning, kejutkan encik suami, kejutkan kids, siap-siap follow encik suami hantar kids ke sekolah, hantar Sofea rumah nenek, balik rumah semula dan krohhhhh... krohhhhh...krohhhh...
hahaha...heaven nya dapat sambung tidur. Serius dah lama tak rasa nikmat bersendirian tanpa diganggu semenjak beranak pinak ni kan. 

Ditakdirkan i punya rezki yang berlebihan, ingin diri ini berhenti kerja dan lebih rela jadi housewife sepenuh masa. Seronok walaupun hakikatnya i adalah 24/7 mom. I dapat variety kan menu sarapan pagi untuk mereka. I dapat hantar dan jemput kids dari sekolah. i dapat masakkan lunch, minum petang, dinner everyday untuk yang tersayang. Semua wanita yang bekerjaya mengimpikannya kan? am i rite?

Terngiang-ngiang bila si anak bertanya 'ibu cuti ke hari ni?' 'kenapa ibu tak jemput ika kat sekolah?'. oh my dear beautiful honey, ibu sorry sebab ibu perlukan rehat. ibu promise bila ibu cuti, ibu yang akan hantar dan jemput anak-anak ibu kat sekolah. Kesian kan, memang itulah harapan anak-anak. Apa yang mereka nak hanya ibu atau papa yang jemput dan hantar. Wajah mereka akan paling ceria kalau nampak muka kita ni ha bila keluar dari pintu sekolah. Oh Allah, tunaikanlah impian anak-anak ini. Aamiiinnn...

 my 3 beautiful daughters. ibu luv u !

yeahhh...apa yang i tau, memang i nak encik suami balik awal hari ni. Dia janji akan keluar seawal 4.30 ptg and he has fulfilled his promise. Thank you mr. hub.

so now your turn tgk anak-anak yer, ibu kena berperang kat dapur. anddddd sangatlah menggelikan hati, tgh plung plang plung plang menumis, urghhhhh...gas habis pulakkkkkk!!!...okey, rumah mak i dekat. 
Makkkkkkkk, nak tumpang masak boleh? ok, mak gelak 'bertahun baru gas ko habis long'... okey, tu memang kelakar. ahaksss...
at the end of the day...
taraaaa... siap!

  kacang buncis goreng

sila abaikan apa yang kurang dalam ini gambar. i terlupa masukkan cili potong. tu lah, kalut gas habis kan.

 sambal sotong

dah lama mengidam semenjak tekak i tak sihat ni and finally. yummmehhhh!

ok, satu gambar i tak sempat nak capture.
Encik suami masak sotong goreng tepung hanya menggunakan microwave (sbb gas habis kan). i tak sempat nak rasa, dah lari umah mak. Kids kata 'hmmmm...best papa masak bu'. hahaha, best lah sangat nak oi. papa mu itu masak sampai terlupa nak gaul dengan air then terus masak jer...muahahaha... kata master chef!...

yesterday is our quality time together.
kan best kalau hari-hari macam ni. 
Alhamdulillah...

Thursday, March 6, 2014

Frozen - Let It Go - Bebaskan

Assalam

Ibu masih kempunan nak tgk FROZEN tau. Selama ni dengar both of u bergaduh, kakak nak jadi ELSA, akhirnya ika beralah jadi ANNA. Lisa sing 'let it go, let it go, can't hold it back anymore' and Ika sing 'bebaskan, bebaskan'...urghhh...

Hari ni, 1st time ibu gugel lagu ni nak buat ringtone. Okey, tgk triller je lah...

Ibu abadikan video ni untuk kakak Alissa dan Kakak Ika. Just because both of u suka sangat, ibu jadikan lah juga ringtone handphone ibu tu. 

Ibu ada belikan story book FROZEN. Masa tu, u all berdua belum pun tgk movie ni lagi. Kakak banyak kali suruh ibu bacakan tapi ibu belum ada kesempatan dan akhirnya Mak Lang yang tolong bacakan.

One day, papa ambil cuti nak bawa u all berdua tgk movie FROZEN. Okey, u know what, ibu sangat suka Disney movie and papa knows 'bout that. Kejam kan, papa saja nak jeleskan ibu. 

Balik dari tengok movie, u all berdua lagi tambahkan kejelesan ibu tu. Papa bagi tau ibu yang kakak dah bercerita sebelum movie start, kakak cakap, nanti Elsa jadi gini, Anna jadi gitu. Papa tanya ibu, dari mana Alissa tau cerita even belum tgk movie lagi. Ibu bagitau yang Mak Lang dah bacakan buku untuk kakak. Ibu so sad that time. Sorry kakak, ibu memang selalu lupa tanggungjawab ibu kan... Papa kata, kakak dengan ika paling 'pok pek pok pek' dalam wayang masa tu... hahahaha


Video ni versi Alissa 



Video ni versi Zulaikha

Patutlah korang suka sgt kan... Elsa sgt cantik!!!!

Wednesday, March 5, 2014

Update

Assalam...
En. hubby kata 'ibu bila nak update blog?'
dalam hati i kata 'ooo...sudi juga nak baca blog aku eh'. hahaha
Berhempas pulas untuk 3-4 minggu ni. Anak-anak selang seminggu dijangkiti demam. Alhamdulillah, Allah masih ingat pada hamba-hambaNya yang terpilih. Sakit tu kan 'kifarah dosa'.

Minggu lepas Alissa yang setelah 2 tahun sihat sempurna akhirnya kalah juga pada tahun ni. Sekali dia kena demam, tempreture 40'c. Mungkin dia penat bersekolah dari 8 pagi - 4 petang. Malam sambung buat kerja sekolah lagi. Takpelah nak, bersusah payah dulu yer. Niatkan semuanya kerana Allah S.W.T.

Selang sehari Zulaikha pula. Innalillahiwainnalillahirojiun... 

Budak demam kena buli dengan papa

macam manalah fea tak berjangkit, dah ika asyik gomol, cium adiknya

 sahabat dunia akhirat. sihat atau demam, kuning jugalah yg paling setia

Sabtu malam ahad lepas, Sofea pula berjangkit demam panas. Isnin bersambung hubby pula. Saat-saat Allah uji dengan keadaan cuaca yang panas kering, jerebu, catuan air, hari ni  Allah tarik nikmat kesihatan. 

'papa doakan ibu sentiasa sihat sampai bila-bila supaya nanti ibu boleh jaga kami semua'...

selagi ada kudrat Allah bagi, ibu akan jaga kamu semua sampai akhir nyawa ibu...InsyaAllah.


40'c pun masih mampu hadiahkan ibu senyuman paling manis tu

layan tekak orang tak sihat. Aladdin beriani gam johor


Subhanallah, Alhamdulillah, Laillahaillallah, Allahuakbar...

Nak share juga. Ahad 2.3.2014 officially i bergelar 'MAK LONG'...adik ipar perempuan i nan seorang selamat melahirkan penyambung zuriat keturunan En. Rosli Buyong. Alhamdulillah...Adik lelaki i nan seorang namakan baby boy dia Muhammad Adib Farhim Bin Mohd Fazdli. Akhirnya atok dengan nenek dapat juga cucu lelaki kan. Merupakan cucu ke 4. Selama ni asyiklah menumpang anak-anak sedara hubby, anak-anak sedara sepupu i. Perasaan ni tak dapat digambarkan dengan perkataan. Tak puas nak tatap wajah baby boy i. 

Lepas ni dapatlah Mak Long shopping baju boy pulak. Mak Long dah letih asyik beli baju baby girl je...

 Muhammad Adib Farhim

Mak Long so excited to hug you darling Adib

putih melepak anak Mak Long ni tau