Tuesday, November 26, 2013

Zulaikha turns 4, Sofea turns 6mo

Assalam

Happy 4th Birthday Zulaikha!
Happy 1st Solid Food Sofea!

Zulaikha

Alhamdulillah, lama ibu tunggu ika bertukar 4 tahun, jauh sgt tarikh hujung tahun. Kesian dia masih lg batuk. Baru baik demam panas & selsema. Orang tua-tua kata 'demam beralih bulan'. Budak ni request macam-macam sempena birthday dia hari ni. 

Zulaikha's wishlist:
1. Nak lipstick kaler merah (mcm Auntie Wani)
2. Nak kek Strawberry Shortcake (siap request nak kawan ibu yg buatkan)
3. Nak sandle gambar butterfly

Tu antara wishlist yg belum dia dapat lg. Lipstick tu ibu bolehlah tunaikan tp bukanlah kaler merah yer nak. Rosak bibir anak ibu nanti. Kek Strawberry Shortcake pun dh terlewat sgt ni kalau ibu nk order kt Auntie Iju. Papa suruh ibu belikan Strawberry Chocolate Cake je untuk Ika. Sandle gambar butterfly, ibu belikan kemudian yer sayang sbbnya dh terlalu banyak permintaan Ika yg papa tunaikan. Ika dh dpt Android, Ika dh dapat playdoh, Ika dh dpt pencil case & beg sekolah Strawberry Shortcake lagi. Botol Strawberry Shortcake pun papa dh belikan juga. Banyak tu, ibu dulu nak dapat 1 pun susah...Memang anak papa kan...kan...kan...


*selingan
nak promote facebook kwn i yg selalu buatkan birthday cake unt anak-anak i. Apa yg pasti keknya sgt lazat sehingga menjilat jari. nyum nyum...

Sila-sila lah melawat yer...
Haaa... ni antara kek-kek yang disediakan Oleander Touch!

Sofea


Kesian Sofea, sebaik sihat kakak Ika Sofea pula' sambung demam. Tak pe nak, demam tu boleh bina antibodi Sofea yang masih belum matang. (eh, betul ke? nanti kita story bab kesihatan di next entry ok). Demam beralih bulan juga ni.


Sofea's 1st solid food. 
Papa belikan nestum beras merah untuk percubaan pertama. Penerimaan yg agak memuaskan. Walaupun tak sihat, nestum tetap dia boleh telan sampai burrpp...burrpp. Next solid food ibu tetap keras hati untuk masakkan bubur nasi Fea. Ibu akan puashati makanan yang masuk dalam perut anak ibu hasil dari airtangan ibu sendiri. Cepat sihat yer sayang...

Untuk anak-anak ibu yang beralih bulan hari ni & termasuk kakak Lisa, ibu sayang kamu semua. Masa berlalu begitu pantas. Semoga Allah beri ibu kesihatan yang baik untuk membesarkan, memelihara dan melindungi kamu bertiga. InsyaAllah...
upsss...untuk jaga papa juga. Aminnn...

Friday, November 22, 2013

W.E

Assalam


Last Sunday as usual ibu bangun awal pagi, siap-siapkan kids untuk bw diorang jalan-jalan with papa. Ahad adalah 'hari berehat bersama keluarga' papa kata. Selalunya klu tak ke mana-mana kami rehat dirumah je atau bw kids ke taman, tp atas sbb musabab tertentu this time papa ajak ke Alamanda, Putrajaya. Haha... mmg fevret ibu dia lah kan. Boleh window shopping, tak pun shopping skali.

Ibu choose Secret Recipe, ibu teringin sangat makan nasi goreng ala Thai. Papa with ibu' s favourite. Kakak lisa seperti biasa dia mmg akan pilih ice-cream, kakak ika pilih chocolate cake. Sambil-sambil tunggu makanan yg agak slow service nya & anak-anak dh start meragam minta nk main 'playground', mmg turn papa layan diorang lah yer. This time ibu lepak pula'.


Agak lama tunggu makanan di serve, so pergilah bw si anak-anak ke kolam ada 'air puncut' (ika kata). Tugas ibu cuma perhati je yer.


Kakak lisa barulah nak senyum kan. Ragam dia yg paling banyak uji sabar ibu.




Enjoy with the girls. Papa kata 'boleh gila kalau anak-anak takde'. Pengikat kasih sayang kan.

Settle makan, layan kids, ibu minta permission nak cuci mata dalam Mothercare. (Cuci mata lah sgtkan)... cuci punya cuci, tangan tetap grab 1 (jump suit Sofea). Alisa & Ika nangis-nangis minta Strawberry Shortcake Bottle. Kalau minta kat ibu mmg tak dapatlah kan sbbnya bila terlalu tinggi permintaan makin rendah ibu nak tunaikan. Dalam masa 3 hari je Lisa & Ika dh dapat banyak toys dr papa. Papa mmg jenis tak tahan telinga dengar anak-anak dia merengek so the bottle is yours. grrr...

Ibu tak sempat nk captured gambar kids main kat playzone. Papa dh bagi kata dua, 'klu nak duduk lama kat rumah Wan, main kejap je. Klu nak ddk kejap kat rumah Wan, mainlah lama-lama'. Papa dh decide balik Kuala Selangor melawat Wan (nenek kids belah papa) lepas diorang puas main. Memanglah budak-budak tak tahu nak pilih mana. Main perlu diutamakan juga, dan selalunya kalau ajak balik rumah wan pun mmg diorang eksited juga. Ramai geng kat sana kan. Papa ajak ibu lepak minum dalam Uptown Oldtown WhiteCoffee bdepan dgn playzone sambil perhatikan anak-anak dia. Bagi diorang main puas-puas, ibu dgn papa nak bercinta.

Kenyang perut mata pun lena so mmg sesuai papa dgn ibu luang masa berbual bersama.

our favourite

Budak kuat minum. Penat main dtg kt ibu minta air. slurrrpppp....skali teguk suku je dia tinggalkan unt ibu.

Ok, makan sudah, shopping sikit-sikit pun sudah, main sudah, minum-minum pun sudah. Wan mmg tak tahu yang kami nak balik. Selalunya papa suka buat surprise setiap kali kami decide nak balik sana. Lagipun bukanlah jauh sangat Hulu Langat dgn Kuala Selangor. Asal terdetik, terus balik. Dan selalunya Wan akan bising sbb tak beritahu dia. 'Wan tak dapat nak masaklah, tak dapat nak sediakan itulah'. tapi kalau kami beritahu, lagi Wan letih nak sediakan itu ini so baik buat surprise je.

Nanti kami perkenalkan Wan dengan Tok Yem kt next entry ok...

Selingan lagi...
papa text me, ika on you tube.


Tuesday, November 19, 2013

Muzik Pilihan

Assalam

Gomol-gomol itu budak ticit sblm melangkah keluar dr rumah. Rutin harian i sbg ibu yg bekerjaya. Syukurlah dh mula cuti sekolah so i bolehlah lewat keluar dr rumah.


Fuhhh...hari yg agak mencabar wlupun di musim cuti sekolah. Masih lagi mengadap jammed dr Ampang-AKLEH. Switch on the radio (agak lama juga x dgr radio ms drive). Kita enjoy!!! muzik rancak kita goyang-goyang sikit sambil kepala angguk-angguk geleng-geleng, jari-jari ketuk sterring, klu ingat lirik kita nyanyi jelah. wahhhh, lama dh x buat. Hilang  stress hokeyyy... Agak tak malu juga bila org kereta sebelah tgk gelagat kita kan? haha...

Hari ni agak terpanggil nak flashback lagu-lagu mengusik jiwa zaman-zaman bercinta dulu. Banyak lagu pilihan tp telah di short listed kan. Antaranya:


Diammu Gunung Berapi -  haha, tu dia. Lagu ni en. abg yg tolong nyanyi bila i dh start berapi. wah wah wah...ye ker? adalah juga kena mengena...


Seperti Dulu - ni paling syahdu. apataknya, yg sorang di Selangor yg sorg lg di Perak. Asal dengar, meleleh je airmata rindu. En. abg mmg suka Exist, suara lak agak-agak serak basah pula' klu menyanyi kan. phewww...

Hmmmm... tak mampu nk download banyak lagu eh. Kita ambil yg mana selalu dgr je. Zaman bercinta kan...


Mak nangis nyahhh dgr lagu Ibnor Riza ni. Syahdu sampai menusuk-nusuk hati mak. Teringat en. abg tanya i baru-baru ni masa mengeteh kat kedai mamak. 'ibu ingat tak lagu ni?', org ego kan so jawablah 'tak, kenapa?' (heiii, a to z tau. i yg pegang video camera rakam u nyanyi). en. abg kata 'lagu ni papa nyanyi masa majlis kawin kita kat kuala'...makkkkk...anak omak nk sanding balik boleh yo?

Siapakah di antara kita
Dengan rela menjadi pendusta
Siapakah dulu membina harapan
Dan siapa yang memusnahkan impian
Tanpa sebab dan alasan
Kau mainkan perasaan
Bagai taufan tiba-tiba datang
Dan menghilang


This is my song for him - Cinta Bersatu
Disuatu ketika dahulu... i akan senyum bila i rasa happy, akan tersenyum bila dgr lagu ni dannn akan lebih lebar senyuman, hero dlm video ni abg Izzue Islam...muahahaha...ntah apa yg suka sgt kt dia tu tak taulah tp mungkin sbb dia sweet kot. Ada misai, ada kumis, senyuman dia...verangannn ko...


YUNA
Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi sayang kan ku capai bintang dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia akan aku cuba
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia
Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan… kamu…
Sayangku
Jangan kau persoalkan siapa di hatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu

Di suatu ketika dulu...


JUDIKA
Mengapa waktu tak pernah berpihak kepadaku
Apakah aku terlalu, terlalu banyak berkelana
Mengapa kita masih saja tak pernah bersatu
Selalu saja bertemu, bertemu saat kau milik yang lain

Mungkin kau bukanlah jodohku, bukan takdirku
Terus terang

Aku merindu kamu, setengah mati merindu
Tiada henti merindu kamu

Masih hatiku untukmu, aku tetap menunggumu

Mengapa waktu tak pernah berpihak kepadaku
Apakah aku terlalu, terlalu banyak berkelana

Mungkin kau bukanlah jodohku
Atau bahkan bukan takdirku


Enjoy!!!

Saturday, November 16, 2013

Graduasi Alissa

Assalam,


Wake up early morning & menyiapkan 3 orang anak dgn tenaga sendiri, rasa sgt berpuashati. Mesti ramai ibu-ibu di luar sana rasa bangga dgn diri sendiri kan? tak kisahlah walau tiada siapa yg tahu, walau tiada siapa memerhatikan tp pengalaman akan menjadi satu kenangan yg paling istimewa.

16 November 2013, genap umur Alissa 6 tahun 6 bulan dan hari terakhir lisa bersekolah di PASTI As-Syakirin. Next year dh melangkah ke tahun 1. Ibu pula'  yg rasa bdebar-debar. Papa ckp 'kejap je kakak dh habis tadika'. Dah besar rupanya anak ibu ni. 

Ok, kita lihat apa yg papa captured...


Memanglah anak dara i ni suka berposing


Lisa mmg enjoy lah sgt bila dpt jumpa kwn-kwn. Sepanjang minggu diakhir persekolahan ni, dia siap pesan 'ibu jgn cutikan kakak mcm hari tu ok, kakak nk skolah'... haha, mmg salah ibu cutikan kakak bila exam dh habis. Ok, yg kiri skali tu namanya Nabilah,  'peace no war' is Alissa & yg kanan skali Natasha. Wahhh, ibu ingat nama kwn-kwn kakak kan... clap clap clap


 Persembahan nasyid



Alhamdulillah, ibu dgn papa bangga sgt bila lisa diantara 5 orang pelajar yg terpilih dlm hafazan ayat-ayat lazim Al-Quran. Ibu harap sgt semuanya akan berterusan.







Three sisters... Zulaikha mmg suka interframe, mmg suka posing, mmg suka make up. Bab-bab kecantikan boleh serah pd dia tp 1 je yang paling merimaskan ibu, rambut dia. grrrr... dahlah xnk dipotong, rambut dpn pun cpt panjang. Tak sampai sbln, dh tutup mata. Bila tanya 'kenapa taknak potong?, dia akan jawab 'nak panjang mcm Rapunzel, nak cantik mcm auntie Wani (bakal biras)'.




Cikgu bgtau ibu, yang pelajaran Alissa banyak peningkatan. Alhamdulillah... u are a very gud girl sayang wlupun ibu sekarang ni tak berapa sihat untuk sama-sama ulangkaji pelajaran kakak but u improved urself. Ibu tetap akan sentiasa mendoakan kakak sentiasa berjaya serta bijaksana di dunia dan akhirat. Walau bukan dalam pelajaran tp dlm kehidupan. Ibu nak kakak jd contoh pd adik-adik, agar kakak nanti akan dihormati.

Upssss...ada selingan sikit,
Papa text me that Zulaikha on youtube...

Agak mengada-ngada & super noty sbb tak tau apa lagi nak buat kan, so ibu minta permission papa tapi tak boleh upload from youtube so i bagi link je lah yer  


see ya...
daaa


Wednesday, November 13, 2013

Inspirasi Ibu

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Keletihan dari weekend yg rasa seperti nak demam tp Allah tak juga mengizinkan unt ke sekian kalinya. I tetap juga ambil MC smlm. Sakit-sakit badan masih terasa ke hari ni. Tak kisahlah kan. Sakit tu kan 'kifarah dosa', alhamdulillah. 

i mencari-cari blk sumber inspirasi unt pagi ni. Mencari semangat diri. Sesekali i belek-belek handphone sambil menyiapkan report kerja. jumpa...jumpa... hmmm...

Ibu memang sygkan kakak lisa. kakak selalu curi buku nota ibu setiap kali ibu bw blk dan setiap buku nota ibu, kakak selalu coret luahan hati kakak. kawan ibu pun ada bgtau yg ibu dgn kakak bnyk persamaan. haaaa, itu pun kadang-kadang ibu  tak sedar.


Coretan kakak sumber inspirasi ibu. so this is one of my thought for today! Allah selalu sayangkan kakak. Semua sygkan kakak.



Papa bgtau ibu, yg kakak sama mcm ibu. 'Tangan berseni'. Mana tak tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan? ibu tanya 'kakak belajar kat sekolah yer', dia jawab 'taklah, kakak fikir sendiri guna otak'. tapi serius, ibu sendiri pun tak se kreatif kakak. macamana awak boleh imagine nak? awak mmg nakal & masa yg sama otak awak selalu berfungi unt buat itu buat ini. Ada 1 lagi seni tangan kakak yg ibu tak sempat nk captured. kakak buat bunga guna kalerful paper, guna batang lidi & getah. okey, blk ni i snap & download. tu pun inspirasi i jg tau. see ya...

Saturday, November 2, 2013

Pavlova For My Girls

Nyum...nyum...nyum...
Si kakak lisa dh tak sabar-sabar suruh ibu buat pavlova. Ibu sgtlah keletihan melayan ragam adik fea dia yg nak melekat je, dgn kakak ika yg asyik memanjat ibu lg. Hurghhhh... syurga...syurga...
Okey, let's get started!


Sediakan 4 biji telur. Ambil putih je, yg kuning tu nnti bolehlah bt scramble unt kids. Pukul telur sampai berbuih (sila lihat gambar dibwh). 




Kemudian masukkan 1 cawan gula pasir & pukul sehingga bertanduk yer puan-puan. Masukkan 2 sudu makan tepung jagung yg telah diayak & pukul adunan tadi sampailah sebati. 

*Pastikan kids tidak meninjau ke dlm mangkuk td yer, klu tak mmg putih muka diorg dek kerana tepung yg akan melayang ke luar. hihihi...

Setelah sebati masukkan 1 sudu cuka makan & 1 sudu esen vanila. Nak letak flavour oren pun boleh jg then pukul lg sampai sebati.

Panaskan oven 10 minit awal pd suhu 150' yer puan-puan. Letakkan kertas minyak atas loyang & tuangkan adunan pavlova tadi & masukkan dlm oven. Bakar selama 1 jam 20 minit. Selepas 1/2 jam turunkan suhu pd 130'.

* 1 jam 20 minit agak lama yer puan-puan so kids agak menguji kesabaran. Ibu terpaksa pantau supaya anak-anak ini tak buka oven. (selang 5-10 minit kids suruh ibu tgk pavlova dlm oven...hadoiiii)

*ibu, cpt tgk! pavlova ibu dh crack!!!

Selepas masak biarkan pavlova tadi dlm oven selama 20 minit, kemudian bolehlah di topping dgn fresh cream & buah-buahan segar. i sediakan raspberry, kiwi & anggur.




Untuk topping, pukul fresh cream sampai soft peak (i beli ready made je) kemudian tuangkan di atas pavlova yg telah sejuk & hiaskan dgn hirisan buah-buahan td yer.




Tadaaaa... sedia dimakan. So yummylicious! kids really enjoy the pavlova! i'm hepy for that! *wink wink

*Kakak ika yg sememangnya suka makan tu, suruh ibu buat tiap-tiap hari tau :)

Public Holiday

Cuti-cuti with kids...
Taman Tasik Perdana je. Kakak ika dh lama minta nk 'playground yg ada pokok-pokok'.
Hari ni ibu tunaikan janji yer. Tiada kata seindah bahasa hanya gembira meruntun rasa. Ibu hepy bila anak-anak ibu hepy. Just see what we have k. Smile :)

kakak lisa

kakak ika 

adik fea







ibu pun nk interframe jg kan

horeyyy


hmmm... biasalah kan, asal main mesti haus lah, lapar lah. abg ais-krim ni pun ada je. Kat situ ada ramai kanak-kanak, rest day pula tu, rezki dia pun bertambahlah. Ais-krim kon RM2 per pieces.


Adik sofea pun nak ais-krim juga. ibu colek sikit je kat mulut tu,tak boleh bg banyak-banyak, nnti ibu yg tak boleh tidur malam. thanx sis, sbb sudi take gud care my kids. 


Oleh kerana kami terlewat keluar rumah, kids dpt main kejap je. Matahari pun dh tegak atas kepala. takpe kekasih-kekasih hati ibu, next time ibu bw lagi okey. ibu promise!. Niat hati nk bw round 1 taman tp my sis dh seram sejuk nk demam. Idea nk ke IKEA pun terpaksa dibatalkan. 

Girls, ibu so lucky to have u all in my life. Hari ni kita main kat taman dulu yer. InsyaAllah ada rezki, panjang umur, kita ke Gambang Water Park this December.